Pages

Friday, July 10, 2015

Aku dan Tuhan : Edisi Malam Seribu Lebih dari 1000 Bulan

Assalamualaikum..

“ Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku”
( Az-Zariyat : 56 )

Alhamdulillah kini tiba 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan , bagaimana persiapan korang menghadapi 10 malam terakhir ni..aku tak nak bercerita banyak sangat sebab ilmu di dada aku ni agak cetek dan dengan iman aku kadang kala turun naik tapi aku boleh je kongsi pandangan aku…memandangkan aku teringin bercakap mengenainya tapi kalau aku silap korang tegurla..mudah-mudahan bertambahnya ilmu aku…

Setiap hari aku berfikir bagaimana aku nak berbicara mengenai bagaimana aku dan tuhan..adakah aku ni sudah berjaya menjadi kalifah yang baik untuk tuhanku?adakah aku ni sudah cukup baik untuk tuhanku?bagaimana perkhidmatanku kepada tuhanku?bagaimana solatku?adakah amalan aku diterima oleh Allah?adakah aku ikhlas dalam mengerjakan ibadahku?adakah aku ikhlas dalam semua hal termasuk kerja dan kehidupan?adakah rezekiku halal?macam-macam dalam fikiranku..
Bagi pemahaman aku la kan, aku kena perbetulkan urusan aku dengan Allah (hablulmina allah) dan juga manusia(hablulminnas).. Ujian yang datang pada kita sebenarnya Allah nak uji macammana kita as khalifah berkhidmat kepadanya umpama kita di universiti..kita nak dapatkan sijil nak dapat result yang gempak mesti kita guna pelbagai method..contoh study barzakh, study malam, study smart, study hard..macam-macam cara..macam tula kita dengan Allah pelbagai method untuk kita berkhidmat dengan Allah supaya kita dapat result yang gempak iaitu syurga… Allah uji kita umpama Allah bagi exam kat kite…kite di dunia ni kena juga exam..

Bercerita mengenai 10 malam terakhir ni, sebenarnya ini adalah hadiah daripada Allah kepada kita sebagai khalifah..dalam Surah Al Qadar (5 ayat) surah khusus utk Al Qadar tanda ianya sangat2 penting (umpama surat cinta dai ALLAH SWT). Al qadar bermaksud malam kemuliaan dan malam penentuan

^Ada 4 perkara yg sangat singnifikan :-
1. Penurunan Al Quraan
2. Lebih baik dari 1000 bulan
3. Turunnya Malaikat bersama dgn ketuanya (Jibril)
4. Sejahteranya mlm itu dari Maghrib hingga ke Subuh


Allah, sungguh muliakan aku teringin sangat jumpa dengan malam ni..bercerita mengenai malam lailatul qadarnya, cuba bayangkan  semua malaikat turun bersama ketua mereka iaitu jibril umpama sesak sangat dekat langit tu dipenuhi dengan malaikat untuk mengaminkan doa kita dan memohon keampunan kepada Allah untuk kita. Bagaimana hati kita menunggu malam lailatul qadar ni?orang yang cinta dengan Allah menunggu malam lailatu qadar ni umpama kita sedang tunggu perlawanan bola atau anugerah-anugerah kat tv. Mohonlah keampunan daripada Allah kerana sungguhnya Allah maha pengampun. Nasihat aku untuk diriku juga jangan cari tanda2 LALIATULQADAR pd keadaan luaran sahaja tetapi tandanya ada dihati-hati kita. Mudah-mudahan kita semua dapat bertemu dengan malam lailatul qadar. Doa yang diajar Nabi kepada Aishah , jom kita hafal... amin2 ya Allah.


sumber google



Thursday, July 9, 2015

Lot of love from Ausie =)

Assalamualaikum semua….

Macammana puasa? Aku Alhamdulillah masih bertahan dan bertenaga walaupun panas sampai adik-adik aku cakap..long, ko makan apa bertenaga sungguh macam orang tak puasa je…well rahsianya aku minum smart coco A..ala yang femes dekat radio IKIM tu..ni linknya kalau nak review (smart coco)..yela sejak aku tak minum hot chocolate Cadbury aku layanla smart coco ni =)… Sokong produk muslim..hehe 

Ahad lepas, aku dan adik-adik dan umi rancang nak pergi Taiping disebabkan umi ada event dengan persatuan Taska Melayu Negeri Perak maka kami empat beradik pun sepakat nak hantar umi.. =) Pagi tu kami ke Parit Buntar teman adik aku atiqah ada ‘hearing court’ tentang pesalah yang direman di lokap.. Adik aku cerita kalau ada tahanan di lokap sama ada Taiping atau Parit Buntar dorang akan dibicarakan kemudian Majistret akan putuskan sama ada kena tahan lagi lama atau lepaskan dan dikenakan bayar denda berapa, semua diputuskan oleh majistret. Ye.. tahanan-tahanan tu dari Taiping dan Parit Buntar, Mahkamah Taiping dan Parit Buntar berpakat minggu ni kat Parit Buntar minggu depan kat Taiping untuk perbicaraan ni.. Adik aku cerita lagi macam-macam kes yang dia dengar macam baru-baru ni kes dadah dan gaduh. Seramai 8 orang dan seorang perempuan muda lagi…








Lepas habis 'hearing court' kitorang pun plan ke Penang..wah da lama rasenye tak pergi Penang..hehe..so tujuan kitorg ke penang sebab nak pergi Queensbay..akhirnya tercapai hasrat aku nak masuk Queensbay Mall ni…adik aku salsabila cakap, Long, Queensbay ni memang tempat ko.. bahaha…masuk je memang teruja beb..bahaha..Mall kat ipoh pun tak macam ni padahal AEON je pun.. Kat Queensbay Mall ni atau AEON ni banyak outlet yang ada COACH, Forever 21 ( nyaris nak rembat kasut + beg ), Victoria Secret dan banyak lagi. Pendek kata semua barang branded ada kat AEON ni… Aku sempat juga rembat kasut VOIR sebab kasut aku masa tu koyak..bahaha..g Penang tau beli kasut VOIR ni padahal kat Ipoh Parade pun ada..bahaha… pastu sempat juga rembat perfume VS ni…kebetulan adik aku Amirah nak beli perfume untuk hantaran kawen dia so aku menyelitla sikit…haha.. Kitorang keluar awal juga dari penang takut jem.. 


Nampak tak sabotaj disitu...wei muka i xmasuk dalam gambar...


Nampak tak Mak Joyah baru balik dari Ausie..haha



Lepas tu aku bawa adik aku ke kamunting disebabkan aku teringin sangat nak g bazar Ramadhan kat kamunting ni (rindu...eh2..rindu masa zaman kecik dulu..haha)..pergi bazar belila lauk dan buah-buahan sikit. Tade special pun kat bazar kamunting tapi makanan sedap kalau nak dibanding dekat bazar ipoh… Sementara nak tunggu berbuka dan umi berbuka bersama-sama AJK Persatuan..kitorang berjalan-jalan dekat AEON Taiping... Macam hari untuk AEON je..haha.. Kami berbuka di Marry Brown, lepas berbuka kami pun pulang sebab esok kerja... 

Wednesday, July 8, 2015

Boss vs Leader

Assalamualaikum..

Hai semua…

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…   "

( Al-Baqarah: 286)”

Aku bukan nak berceloteh atau nak merungkaikan tafsir Al-Quran ni.. Lagipun ilmu aku masih cetek.. Ujian aku pada bulan Ramadhan kali ini tak sehebat ujian aku di bulan Ramadhan tahun lepas.. Aku tak nak bercerita tentang ujian aku tahun lepas sebab aku takut banyak air mata akan keluar.

Aku da bekerja di syarikat ni hampir 3 tahun.. Pada permulaan kerja memang sangat seronok sebab aku di ajar membuat macam-macam yang berkaitan dengan IT memandangkan aku pemegang ijazah pembangunan perisian. Masa aku belajar dulu memang aku banyak buat research even final projek aku dulu pun aku buat research dan aku buat prototaip yang berkaitan Dijkstra. Djikstra tu ape? Djikstra tu macam mana kita nak kira perjalanan dari satu tempat ke tempat lain dengan menggunakan kaedah Djikstra, ada banyak kaedah contohnya Floyd, Bellman..tapi Djikstra lagi mudah untuk difahami. Wah aku rindu masa nak buat tu.. =)

Apa yang aku lihat dalam boss vs Leader ni  jadila leader yang bagus fahami keupayaan staff kemudian didik la dengan baik bukan jadi bos yang mengharap pujian..

Doakan aku nak sambung belajar nak sahut cabaran yang aku juga boleh buat kerja walupun aku ade basic. Terima kasih =)





p/s: tak tuju sape2 tapi kalau sentap sendiri rawat ye. =)

Tuesday, July 7, 2015

The Chicken Rice Shop @ Ipoh Parade

Assalamualaikum…

Hai semua…

Sabtu lepas birthday adik aku, atiqah… mula-mula kitorang plan nak memasak je kat rumah konon nak masak nasi lemak ayam berempah…wah gitu.. sekali fikir hari tu birthday dia so kitorang plan berbuka kat luar..semua adik-adik aku pakat cadang nama-nama tempat nak makan.. last2 terfikir nak makan kat the chicken rice shop kebetulan aku baru lepas baca blog kak erny…so makan kat situ jela..lagipun da lama tak makan kat The Chicken Rice Shop ni…telefon punyala telefon..tade orang angkat sekali terus jomla booking secara manual senang nak pilih tempat..lepas zohor aku bawa umi dan birthday’s girl ke Ipoh Parade..ye, The Chicken Rice Shop ni terletak dalam Ipoh Parade… nasib baik juga datang secara manual sebabnya semua full nasib ade satu tempat je yang ada..so booking terusla.. Uishhh…habaq hang..punyala ramai umat manusia dekat Ipoh Parade tu…kalau orang melayu tu fahamlah juga mau beli persiapan raya ni kaum cina..ramai juga…uishhhh…nasib baik nafsu shopping terkawal lagi..hahah..kalau ikutkan jom ke sana ke sini…tambahan banyak outlet baru kat Ipoh Parade ni…da siap booking, balik rumah dulu…dalam pukul 6 petang baru gerak balik ke Ipoh Parade…

Dekat The Chicken Rice ni, aku order set C sebab ada rendang ayam..sedapla juga tapi kering rendangnya…aku suka yang berkuah…tapi semuanya sedap…Alhamdulillah… =)



Birthday's girl yang tak sabar nak berbuka





Abaikan photobomb yang dibuat oleh jiran meja sebelah..hahahah


Abaikan muka keseronokan nak berbuka. Ok kat sini tak disediakan buah kurma masa berbuka pun terpaksa tengok orang kiri kanan dah berbuka ke belum...hehe

Ok itu saja.. =)







Thursday, June 25, 2015

Phewittt…Cara-cara nak pikat Mr. Secret...

Assalamualaikum…

“Di Suatu petang, di bazar Ramadhan..dari kejauhan ku nampak seorang pakwe sedang memarkir kakak vina.. Hailahhhh… “

Haha..amacam permulaan aku? Boleh buat novel tak?Bahaha..Well entry kali ni aku nak ajar cara macammana nak memikat Mr. Secret..

Bagi yang menjadi secret admire memang susah nak pikat orang yang kita crush kan??ada banyak cara kalau kita nak memikat. Katakan kalau orang yang kita ‘crush’ tu seorang yang kita tunggu dah lama sebab dia berjauhan kemudian muncul dengan tetiba di depan kita.. Alhamdulillah itu namanya rezeki… Macam-macam cara boleh untuk kita mendekati ‘crush’ kite.. Aku bagi contoh dalam situasi ‘crush’ bekerja di kedai komputer atau gadjet…

1) Laptop/Gadjet rosak…
Tanya family atau rakan rapat siapa yang ada laptop rosak…lagi banyak lagi bagus.. lepas tu boleh hantar ke kedai ‘crush’ kita …sebab  boleh dapat jumpa crush kita tiap-tiap minggu…haha

2) Add friend dekat Facebook/ Instagram..
Lepas da hantar laptop..berkenalanla sikit..kemudian barulah add dalam facebook atau Instagram… yela sekurang-kurangnya kita tahu hal dia..haha

3) Ajak lunch skali..
Lepas da add dekat facebook atau Instagram..barulah mesej dekat facebook messenger tanya free tak?jom lunch… kalau ade respon ..alhamdulillah…kalau tade respon maksudnya itu bukan rezeki kita lagi…

4) Ikuti minat ‘crush’ kita….
Aku bagi contoh kalau ‘crush’ kita minat panjat bukit..cuba untuk panjat bukit…kemudian upload kat facebook gambar kita panjat bukit…lepas tu buat-buat tanya pasal bukit tu kat ‘crush’ kita..konon kita pun minat panjat bukit…hehe..kalau ade respon..alhamdulillah..rezeki..kalau tade respon..itu bukan rezeki kita lagi… tengok lagi ape yang ‘crush’ kita minat…kalau minat bola..cuba ikuti perkembangan bola..walaupun kita tak minat..sekurang-kurangnya ade peluangla kita bersembang dengan ‘crush’ kita…hehe..itukan rezeki juga.. hehe =)

5) Buat-buat tersalah hantar mesej…
Cara ni paling lapukla..kalau dulu bila seorang pakwe nak tackle awek kat hentian bas dengan bertanya “cik, sekarang pukul berapa?”..walhal jam pakwe tu ade kat tangan…haha..tapi cara ni berkesan juga sebab kita nak tahu crush kita sudi tak reply sms/wechat/whatsapp/facebook messenger…kalau ade respon Alhamdulillah…

Kadang-kadang susah juga nak memikat ‘crush’ kita ni…yela..buatnya ‘crush’ kita ni orang bijak pandai..kita plak orang pandai juga tapi tak tinggi sangat…haha…cara lain plak contohnya macam bff aku cakap…nak pikat dorang ni kena macam ni

1. alasan kena genius...
2. jangan gedik sgt..hahahha
3. cari topik ber IQ tinggi


Tapi yang best dengan orang berIQ ni boleh buat gurau..kadang-kadang kita gurau merapu pun dorang masuk…heheh…okla itu saje tips yang aku boleh ajarkan..korang nak ikut..suka hati korang..kalau tak nak tape..aku tak kisah..hehe…doakan juga semoga dipermudahkan urusan rezeki aku ni… Ok, nah aku belanja satu gambar..heheh..tata..titi..tutu… =)


Wednesday, June 10, 2015

Benda yang pelik dan biasa @ Bali

Assalamualaikum

Hi uolls...

Entry kali aku nak cite pasal pengalaman semasa berada di Bali.. Yang belum baca kisah percutian aku boleh ke Bali part 1 , Bali part 2, Bali part 3

Kalau kita perhatikan muka dorang sama je macam muka indonesia atau nampak macam melayu cuma bila bercakap dengan dorang, cara dan bahasa dorang lain sikit...al maklumla kat Bali majoritinya beragama Hindu.. Kat Bali juga sangat terkenal dengan kereta toyota  tak kiralah Vios ke Camry ke Avanza ke memang kat situ terkenal dengan toyota...siap dijadikan teksi lagi..kereta jenama Honda pun ada dan yang paling epik skali kereta perodua Axia tapi kat Bali, nama azia..




Kalau kita masuk ke kedai jual barang-barang atau apa kedai sekali pun mesti ada macam colok (macam cina kat malaysia)... Lepas tu lepas membeli barang contoh macam aku, aku beli baju I Love Bali..lepas bagi duit je..duit kita tu dorang ketuk kat barang-barang yang dijual kemudian sebut pelaris..pelaris..pelaris..


Benda macam ni la yang selalu letak kat depan kedai atau rumah atau kuil...

Di Bali juga hasil kraftangan sangat unik dan cantik...umi memang teruja..hehe..itula umi..


Contoh ukiran kraftangan yang unik....




Kawasan sawah padi yang sangat subur... Padi ni ditanam dekat je dengan laut... SubhanAllah...

Dan di Bali juga dorang sangat menghormati agama mereka contohnya kalau ade perayaan dorang akan pergi dengan pakaian perayaan dorang...



Ini saje yang dapat dikongsikan ... =)






Saturday, June 6, 2015

#88LOVELIFE..... =)

Assalamualaikum

Hi uolls...


  
I love reading books especially books about psychology, history, Islamic and of cos love books..hehe.. So, last month...I bought this #88lovelife book...the book is actually about quotes and about wisdom. The author of the book is one of the famous blogger in Indonesia, Diana Rikasari..and she collaborated with Dinda Puspitasari for the illustrated.. =)





The Synopsis...



#88LOVELIFE is an illustrated book about the author's daily thoughts on her personal love and life experience. This book is a great source for daily inspiration and motivating words, reminding that life is beautiful apart from the hardships we often face. Uplifting, motivating, this book is definitely essential to your daily WHATSINSIDEMYBAG, so you will always feel inspired.