Pages

Thursday, June 25, 2015

Phewittt…Cara-cara nak pikat Mr. Secret...

Assalamualaikum…

“Di Suatu petang, di bazar Ramadhan..dari kejauhan ku nampak seorang pakwe sedang memarkir kakak vina.. Hailahhhh… “

Haha..amacam permulaan aku? Boleh buat novel tak?Bahaha..Well entry kali ni aku nak ajar cara macammana nak memikat Mr. Secret..

Bagi yang menjadi secret admire memang susah nak pikat orang yang kita crush kan??ada banyak cara kalau kita nak memikat. Katakan kalau orang yang kita ‘crush’ tu seorang yang kita tunggu dah lama sebab dia berjauhan kemudian muncul dengan tetiba di depan kita.. Alhamdulillah itu namanya rezeki… Macam-macam cara boleh untuk kita mendekati ‘crush’ kite.. Aku bagi contoh dalam situasi ‘crush’ bekerja di kedai komputer atau gadjet…

1) Laptop/Gadjet rosak…
Tanya family atau rakan rapat siapa yang ada laptop rosak…lagi banyak lagi bagus.. lepas tu boleh hantar ke kedai ‘crush’ kita …sebab  boleh dapat jumpa crush kita tiap-tiap minggu…haha

2) Add friend dekat Facebook/ Instagram..
Lepas da hantar laptop..berkenalanla sikit..kemudian barulah add dalam facebook atau Instagram… yela sekurang-kurangnya kita tahu hal dia..haha

3) Ajak lunch skali..
Lepas da add dekat facebook atau Instagram..barulah mesej dekat facebook messenger tanya free tak?jom lunch… kalau ade respon ..alhamdulillah…kalau tade respon maksudnya itu bukan rezeki kita lagi…

4) Ikuti minat ‘crush’ kita….
Aku bagi contoh kalau ‘crush’ kita minat panjat bukit..cuba untuk panjat bukit…kemudian upload kat facebook gambar kita panjat bukit…lepas tu buat-buat tanya pasal bukit tu kat ‘crush’ kita..konon kita pun minat panjat bukit…hehe..kalau ade respon..alhamdulillah..rezeki..kalau tade respon..itu bukan rezeki kita lagi… tengok lagi ape yang ‘crush’ kita minat…kalau minat bola..cuba ikuti perkembangan bola..walaupun kita tak minat..sekurang-kurangnya ade peluangla kita bersembang dengan ‘crush’ kita…hehe..itukan rezeki juga.. hehe =)

5) Buat-buat tersalah hantar mesej…
Cara ni paling lapukla..kalau dulu bila seorang pakwe nak tackle awek kat hentian bas dengan bertanya “cik, sekarang pukul berapa?”..walhal jam pakwe tu ade kat tangan…haha..tapi cara ni berkesan juga sebab kita nak tahu crush kita sudi tak reply sms/wechat/whatsapp/facebook messenger…kalau ade respon Alhamdulillah…

Kadang-kadang susah juga nak memikat ‘crush’ kita ni…yela..buatnya ‘crush’ kita ni orang bijak pandai..kita plak orang pandai juga tapi tak tinggi sangat…haha…cara lain plak contohnya macam bff aku cakap…nak pikat dorang ni kena macam ni

1. alasan kena genius...
2. jangan gedik sgt..hahahha
3. cari topik ber IQ tinggi


Tapi yang best dengan orang berIQ ni boleh buat gurau..kadang-kadang kita gurau merapu pun dorang masuk…heheh…okla itu saje tips yang aku boleh ajarkan..korang nak ikut..suka hati korang..kalau tak nak tape..aku tak kisah..hehe…doakan juga semoga dipermudahkan urusan rezeki aku ni… Ok, nah aku belanja satu gambar..heheh..tata..titi..tutu… =)


Wednesday, June 10, 2015

Benda yang pelik dan biasa @ Bali

Assalamualaikum

Hi uolls...

Entry kali aku nak cite pasal pengalaman semasa berada di Bali.. Yang belum baca kisah percutian aku boleh ke Bali part 1 , Bali part 2Bali part 3

Kalau kita perhatikan muka dorang sama je macam muka indonesia atau nampak macam melayu cuma bila bercakap dengan dorang, cara dan bahasa dorang lain sikit...al maklumla kat Bali majoritinya beragama Hindu.. Kat Bali juga sangat terkenal dengan kereta toyota  tak kiralah Vios ke Camry ke Avanza ke memang kat situ terkenal dengan toyota...siap dijadikan teksi lagi..kereta jenama Honda pun ada dan yang paling epik skali kereta perodua Axia tapi kat Bali, nama azia..




Kalau kita masuk ke kedai jual barang-barang atau apa kedai sekali pun mesti ada macam colok (macam cina kat malaysia)... Lepas tu lepas membeli barang contoh macam aku, aku beli baju I Love Bali..lepas bagi duit je..duit kita tu dorang ketuk kat barang-barang yang dijual kemudian sebut pelaris..pelaris..pelaris..


Benda macam ni la yang selalu letak kat depan kedai atau rumah atau kuil...

Di Bali juga hasil kraftangan sangat unik dan cantik...umi memang teruja..hehe..itula umi..


Contoh ukiran kraftangan yang unik....




Kawasan sawah padi yang sangat subur... Padi ni ditanam dekat je dengan laut... SubhanAllah...

Dan di Bali juga dorang sangat menghormati agama mereka contohnya kalau ade perayaan dorang akan pergi dengan pakaian perayaan dorang...



Ini saje yang dapat dikongsikan ... =)






Saturday, June 6, 2015

#88LOVELIFE..... =)

Assalamualaikum

Hi uolls...


  
I love reading books especially books about psychology, history, Islamic and of cos love books..hehe.. So, last month...I bought this #88lovelife book...the book is actually about quotes and about wisdom. The author of the book is one of the famous blogger in Indonesia, Diana Rikasari..and she collaborated with Dinda Puspitasari for the illustrated.. =)





The Synopsis...



#88LOVELIFE is an illustrated book about the author's daily thoughts on her personal love and life experience. This book is a great source for daily inspiration and motivating words, reminding that life is beautiful apart from the hardships we often face. Uplifting, motivating, this book is definitely essential to your daily WHATSINSIDEMYBAG, so you will always feel inspired.  

Friday, June 5, 2015

Kintamani Gunung Berapi + Padi Bukit Tegalalang + Airport @ Bali

Assalamualaikum






Hari ketiga di Bali, perjalanan kami jauh sikitla..tak sikit tapi banyakla jauh dan sangat pack..bukan ape masa nila baru nak fikir beli souvenir untuk semua... Pagi tu lepas breakfast, kami checkout dan bergerak ke Kintamani Gunung Berapi.. perjalanan ke sana mengambil masa dalam 3 jam.. dan sebelum sampai ke gunung berapi ni kami banyak menyinggah kedai tepi-tepi jalan untuk beli barang-barang...





Banyak juga kami beli tetapi disebabkan aku ni da macam retis..aku tak boleh nak snap pic beli barang-barang...bukan apa ramai sangat penjual datang kat kita...fuh..jenuh juga aku tolak-tolak dorang ni..kalau tak beli dia marah kat kite balik..macam-macam ayat dah aku keluar...ngak mau buk..wang udah abis...ngak mau pak..mau tutup pintu aircondnya sudah keluar..ngak.macam rupe orang indon sudah..haha...


feeling retis femes sikit..haha.. lepas dah penat jadi artis..pak supir terus bawa kami ke Gunung Berapi Kintamani untuk lunch.... nak masuk tempat ni pun kena bayar tau... 120 rupee seorang..





Tempat makan ni dinamakan Batuk Sari...tempat ni ada tersedia 2 jenis cara makan samaada nak order atau buffet.. bincang punya bincang... semua pakat buffet.. makanan dia sangat sedap...  yang besnye tempat sini sangat sejuk dan gunung ni masih aktif yang mana pernah memuntahkan laharnya sebanyak 24 kali dari tahn 1800... Boleh makan sambil menghadap gunung berapi ni tau...


Selepas kenyang dengan makan dan solat kami bergerak ke Padi Bukit Tegalalang... Nak ke sini dari Ubud hanya 5km.. Kawasan padi ni di tanam berbentuk petak sawah di teres bukit...memang sangat cantik...




Selepas dah berpenat posing sana-sini dan membeli juga di sini... Kami pun bergegas ke Airport untuk check-in...




So sesampai di airport check-in dan terus naik flight... Alhamdulillah..aku sungguh seronok dapat berjalan dengan keluarga dan aku berazam aku akan berusaha mencari rezeki untuk bawa dan bercuti bersama =).. I miss u Ayah, Al fatihah








Bila Nisa Main Masak-Masak...Auwwww =) Resipi Simple : Gulai Lemak Ayam Pedas

Assalamualaikum...

Hi uolls..

Entry kali ni aku nak cerita pasal masakan...ha?terkejut kah??haha..well..aku sebenarnya malas nak tunjuk skill masakan aku..yela pada sape aku nak tunjuk..future husband pun belum muncul lagi..haha..doa2 kan untuk aku ye semua... =)

Baru-baru ni aku masak Gulai Lemak Ayam Pedas...

Bahan-bahan 

1 ekor ayam - potong kecil
1 labu bawang besar
1 inci kunyit hidup (kalau tade pakai kunyit biase)
1 inci halia
3 batang serai
1 asam keping
Daun kunyit 
Garam
Santan secukupnya
7 biji Cili padi 

Cara cara

Kisar bawang, kunyit, halia, cili padi dan serai. Masukkan bahan kisar  dan santan sehingga mendidih.

Masukkan ayam. Masak sehingga ayam masak sambil terus dikacau. Akhir sekali, masukkan garam, daun kunyit dan asam keping

Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.






Inila lauk bujang i olls.. senang je.. Selamat Menjamu Selera =)


Thursday, June 4, 2015

Puja Mandala + Uluwatu @ Bali

Assalamualaikum

Hi uolls...

Hari kedua di Bali juga, aku berpeluang melawat rumah ibadat bagi empat agama yang dianuti di Bali yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.. Tempat ini dinamakan Puja Mandala dan tedapat lima buah rumah ibadat iaitu Masjid, Gereja, Kuil Budha, Gereja Katolik dan Pura.








Aku tak dapat bayang kalau di Malaysia kalau rumah ibadat terletak bersebelahan macam ni.. Selepas dah penat posing kami makan di restoran makanan padang...sedap habaq hang...selepas makan dan solat jama' kami meneruskan perjalanan ke Kuil Uluwatu..tempat untuk menyaksikan sunset dan persembahan tarian kecak ( Kecak Dance )...  Kuil Uluwatu adalah salah satu kuil utama daripada sembilan buah kuil di Bali. Kuil ni unik sebab dibina atas tebing curam setinggi 70 meter daripada atas lautan hindi. Nak masuk kuil ni kena hormat sikit bagi sesiapa yang pakai skrit atau seluar pendek  kena pakai kain warna ungu dan bagi sesiapa pakai seluar panjang kena pakai kain warna kuning. Kain ni free je tapi kena pulang balik masa nak keluar...dan macam biase nak masuk kuil kena bayar 20 rupee nak tengok kecak dance pun kena bayar 120 rupee... Kalau korang nak masuk kuil ni..aku sarankan simpan cermin mata, topi, botol air, kamera dan yang paling penting makanan dalam beg..kenapa??sebabnya kat situ ade monyet yang sesuka hati je datang kat kita...







Aku sempat juga tengok kecak dance tapi aku tak syor kan korang bawa anak sebab tarian ni lebih kepada pemujaan api dan persembahan tarian ni dibuat waktu senja...aku dan keluarga tak tengok habis pun...
Tarian kecak ni menceritakan Putera Rama nak selamatkan Permaisuri Sita yang kena culik dengan Raja Rahwana yang jahat. Lepas tu dorang minta Monyet Putih selamatkan bini dia. 







Ini video yang sempat aku rakamkan...






Lepas tu, kami keluar awal sebab dah lapar sangat..so pak supir pun ajak makan di Restoran Ayam Pes...  Sambung di entry akan datang.. =)




You will never walk alone =)






Wednesday, June 3, 2015

Pantai Pandawa+Pantai Dreamland+Pantai Teluk Benua @ Bali

Assalamualaikum..

Sudah berkurun lama aku tak sambung cerita pasal percutian di Bali ni..haha..hailahhhhh... Bagi yang belum baca entry Bali aku yang dulu boleh ke Bali part 1..

Untuk hari yang kedua aku berada di Bali, kebanyakkan aktiviti lebih kepada santai..kami lebih banyak pergi ke pantai...pantai dorang kat sini semuanya cantik..tapi mak aku cakap pantai kat acheh lagi cantik.. Aku dan rombongan bertolak ke Pantai Teluk Benua..nak pergi ke pantai teluk benua ni kena masuk highway... apa yang menarik kat pantai ni ialah aktiviti sukan..ade jetski dan banyak aktiviti air.. aku dengan adik-adik aku memang bercadang nak main tetapi memandangkan kejar masa dan kebetulan juga kaki adik aku salsabila terseliuh maka kami batalkan niat..huhu..frust juga...haha..kat sini juga aku nasihatkan hati-hati sebab kita akan didatangi ramai peminat...haha..sebab apa aku cakap macam tu sebab kita akan dikelilingi dengan penjual-penjual untuk membeli barang mereka...













Lepas ke Teluk Benua kami ke Pantai Pandawa... Pantai Pandawa paling cantik aku tengok... SubhanAllah...kat pantai ni lebih kepada santai tade aktiviti air pun di sini..tapi kat sini bolehla cuci-cuci mata..haha



Cubaan lompatan pertama torbaik toqqq aku di Bali...haha..










Lepas dah penat berposing sana sini situ..kami bergerak pula ke Pantai Dreamland.. bagi yang suka surf tu bolehla kat sini..bukan nak kata ape...ombak kat sini tinggi.... nak pergi ke pantai ni kena naik tuk tuk..haha..bukan tuk tuk tapi naik van sebab jauh juga nak ke pantai daripada tempat parking...











Cantikkan pantai dorang berbanding dengan pantai di Malaysia...itu semua kebesaran Allah...subhanAllah...

Okla sambung di entry akan datang.... =)