Pages

Thursday, June 4, 2015

Puja Mandala + Uluwatu @ Bali

Assalamualaikum

Hi uolls...

Hari kedua di Bali juga, aku berpeluang melawat rumah ibadat bagi empat agama yang dianuti di Bali yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.. Tempat ini dinamakan Puja Mandala dan tedapat lima buah rumah ibadat iaitu Masjid, Gereja, Kuil Budha, Gereja Katolik dan Pura.








Aku tak dapat bayang kalau di Malaysia kalau rumah ibadat terletak bersebelahan macam ni.. Selepas dah penat posing kami makan di restoran makanan padang...sedap habaq hang...selepas makan dan solat jama' kami meneruskan perjalanan ke Kuil Uluwatu..tempat untuk menyaksikan sunset dan persembahan tarian kecak ( Kecak Dance )...  Kuil Uluwatu adalah salah satu kuil utama daripada sembilan buah kuil di Bali. Kuil ni unik sebab dibina atas tebing curam setinggi 70 meter daripada atas lautan hindi. Nak masuk kuil ni kena hormat sikit bagi sesiapa yang pakai skrit atau seluar pendek  kena pakai kain warna ungu dan bagi sesiapa pakai seluar panjang kena pakai kain warna kuning. Kain ni free je tapi kena pulang balik masa nak keluar...dan macam biase nak masuk kuil kena bayar 20 rupee nak tengok kecak dance pun kena bayar 120 rupee... Kalau korang nak masuk kuil ni..aku sarankan simpan cermin mata, topi, botol air, kamera dan yang paling penting makanan dalam beg..kenapa??sebabnya kat situ ade monyet yang sesuka hati je datang kat kita...







Aku sempat juga tengok kecak dance tapi aku tak syor kan korang bawa anak sebab tarian ni lebih kepada pemujaan api dan persembahan tarian ni dibuat waktu senja...aku dan keluarga tak tengok habis pun...
Tarian kecak ni menceritakan Putera Rama nak selamatkan Permaisuri Sita yang kena culik dengan Raja Rahwana yang jahat. Lepas tu dorang minta Monyet Putih selamatkan bini dia. 







Ini video yang sempat aku rakamkan...






Lepas tu, kami keluar awal sebab dah lapar sangat..so pak supir pun ajak makan di Restoran Ayam Pes...  Sambung di entry akan datang.. =)




You will never walk alone =)






No comments:

Post a Comment