Pages

Thursday, August 15, 2013

Raya..Raya..Raya



Kejap kejap, aku nak tiup habuk dekat blog aku ni..fuhh..fuh..


Assalamualaikum semua, kabare??waras??hehe..alhamdulillah..maaf semua sudah lama aku tak update blog. bukan aku tak nak update cuma kekeringan idea..ewahh gitu..muahaha..=)

Ok untuk entry yang pertama lepas berbulan bulan kekeringan idea nie, aku nak bermula dengan kisah raya.. Alhamdulillah, selepas sebulan kita berpuasa, aku berkesempatan untuk meraikan hari raya pada tahun nie, semoga tahun hadapan aku berkesempatan juga untuk berpuasa dan meraikan hari raya bersama-sama dengan keluargaku dan semoga amalan aku semasa di bulan ramadhan diterima oleh Allah..Amin2..

Kisah raya aku sama je dengan kisah semua yang beraya tapi yang bestnye tahun ni aku belajar menganyam ketupat..wah gitu..hehe..tahun ni, aku dapat ambil cuti raya lama berbanding dengan tahun lepas aku tak berpeluang bercuti..kenape??mungkin sebab aku baru masuk kerja kot..hehe..ok, sehari sebelum raya menjadi kewajipan bagi keluarga aku untuk membuat rendang tok dan membakar lemang..setiap tahun aktiviti ni mesti ada sebab ayah aku cakap nanti bila ayah dan mak aku sudah tiada aktiviti ni akan menjadi aktiviti keluarga. Ye..ye..akan aku ingat semuanya.. =)

Baju raya aku tahun ni tema warna warni aidilfitri, kami adik-beradik sepakat untuk membeli corak yang sama tapi warna berbeza..ye..ye..menjadi kebiasaan baju raya aku dan keluarga aku semuanya dibeli..haha..bukan apa masa sebelum puasa memang tak fikir soal baju raya langsung..haha.. kuih raya pula tahun ni adik aku rajin nak membuat so aku beli untuk backup je..hehe..yela..takut kehabisan..hehe..

Raya kali ini, aku seronok sangat sebab dapat beraya di taiping.. Adik-beradik mak aku semua berkumpul di sana..mak aku orang pokok asam ye..hehe..aishhh kalau la mak mentua aku orang taiping kan senang..haha..bukan ape senang nak bawa mak aku balik kampung..ngeh..ngeh.. Raya pertama aku di kampung changkat larang iaitu di ipoh kampung ayah aku kemudian raya kedua aku beraya di taiping..hehe..alhamdulillah semuanya... ok jom aku sajikan gambar aku masa raya 2013 ni..




Suasana Raya di pejabat aku =)



 Keluarga aku tema warna warni di aidilfitri..sebenarnya tudung yang aku pakai tu tudung backup je..hehe
tak sempat nak makeup masa ni..makeup ke..haha..


Keluarga Pakcik aku adik ayah aku nombor 4, tema old school kata mereka..hehe

 Keluarga Pakcik aku nombor 5, adik ayah aku yang terakhir, tema mereka merah


Team Bola

 Team Buat Kuih..haha

itu saja untuk entry kisah rayaku..di kesempatan yang ada, aku mohon ampun dan maaf kepada semua =)
"Selamat Hari Raya"