Pages

Wednesday, June 3, 2015

Pantai Pandawa+Pantai Dreamland+Pantai Teluk Benua @ Bali

Assalamualaikum..

Sudah berkurun lama aku tak sambung cerita pasal percutian di Bali ni..haha..hailahhhhh... Bagi yang belum baca entry Bali aku yang dulu boleh ke Bali part 1..

Untuk hari yang kedua aku berada di Bali, kebanyakkan aktiviti lebih kepada santai..kami lebih banyak pergi ke pantai...pantai dorang kat sini semuanya cantik..tapi mak aku cakap pantai kat acheh lagi cantik.. Aku dan rombongan bertolak ke Pantai Teluk Benua..nak pergi ke pantai teluk benua ni kena masuk highway... apa yang menarik kat pantai ni ialah aktiviti sukan..ade jetski dan banyak aktiviti air.. aku dengan adik-adik aku memang bercadang nak main tetapi memandangkan kejar masa dan kebetulan juga kaki adik aku salsabila terseliuh maka kami batalkan niat..huhu..frust juga...haha..kat sini juga aku nasihatkan hati-hati sebab kita akan didatangi ramai peminat...haha..sebab apa aku cakap macam tu sebab kita akan dikelilingi dengan penjual-penjual untuk membeli barang mereka...













Lepas ke Teluk Benua kami ke Pantai Pandawa... Pantai Pandawa paling cantik aku tengok... SubhanAllah...kat pantai ni lebih kepada santai tade aktiviti air pun di sini..tapi kat sini bolehla cuci-cuci mata..haha



Cubaan lompatan pertama torbaik toqqq aku di Bali...haha..










Lepas dah penat berposing sana sini situ..kami bergerak pula ke Pantai Dreamland.. bagi yang suka surf tu bolehla kat sini..bukan nak kata ape...ombak kat sini tinggi.... nak pergi ke pantai ni kena naik tuk tuk..haha..bukan tuk tuk tapi naik van sebab jauh juga nak ke pantai daripada tempat parking...











Cantikkan pantai dorang berbanding dengan pantai di Malaysia...itu semua kebesaran Allah...subhanAllah...

Okla sambung di entry akan datang.... =)




No comments:

Post a Comment