Pages

Monday, July 15, 2013

Seoul aku datang..

Assalamualaikum

Fuhhhh.rase mcm da lama gitu tidak menulis blog...ya ampun dong kesibukkan melanda di jiwa, hati dan perasaan..heheh..entry kali ini aku nak cerita pasal aku dating dengan someone..fuyooo..sudah ketemukah pilihan dihati??? Eh2, jangan cepat buat andaian, belum diizin tuhan lagi..InsyaAllah.

Ok, baru baru ni untuk menghilang rasa stress di hati..yela mana tak stress tempat duduk aku bekerja tak decide lagi ditambah dengan orang yang nak prank hati aku (nak marah pun tak guna, orang tu tiada perasaan)...frust juga la,nak buat macammana.huhu..

Untuk mengembalikan jiwa, hati dan perasaan aku ni, aku telah melepakkan diri aku di seoul.eh2 bukan seoul koreala.hehe.seoul garden bersama dengan teman2 di tingkat 14. Kitorang book tempat pada pukul 6.00 so lepas je opis hour 5.30 terus memecut ke jusco kinta city dimana terletaknya seoul garden..fuhh..masa kami sampai, tak ramai pun orang yang ada so apa lagi lepas membuat pembayaran terus mencari tempat duduk. Then, kami semua mencapai pinggan dan mengambil beberapa bahan mentah untuk dibakar atau direbus...ala2 steamboat jugala.. Seoul garden di jusco ini buka setiap hari, isnin sampai jumaat 11.30 pagi hingga 4.59 bagi waktu lunch dan dinner pula dari pukul 5 petang hingga 10.30 malam. Untuk weekend dan public holiday, waktu lunch buka dari pukul 11.30 pagi hingga 3.59 petang dan dinner pada pukul 4.00 petang hingga 10.30 malam. Bagi harga pula  waktu lunch untuk dewasa ialah rm 27.99++, kanak-kanak pula rm 13.99++ manakala harga bagi dinner dewasa ialah rm 31.99++ dan kanak-kanak rm 16.99++. Untuk harga bagi weekend pula, untuk lunch dewasa rm 29.99++ manakala kanak-ksnak rm 13.99++ dan dinner untuk dewasa rm 34.99++ manakala kanak-kanak rm 16.99++. Bagi harga student pun berbeza, lunch untuk weekday rm 23.99++ dan dinner rm 28.99++ manakala weekend lunch rm 29.99++(untuk student, korang perlu bawa kad matrik korang dan tunjuk di kaunter untuk mendapat diskaun)..dari pukul 6.00 sampaila 9.30 aku memang boleh makan untuk round pertama, 2nd and 3rd round sahabat-sahabat aku mampu penuhkan perut mereka. Makanan kat situ sedap tambah dengan dendangan lagu-lagu dari kumpuln korea membuatkan kita rasa macam berada di korea pasni boleh ajak staff tempat aku bkerja lepak di sana..ewahhhh gituuuu..hehe..nah aku sediakan gambar buat tatapan semua..hehhe









 yummmyyy....erkkkk...alhamdulillah..jumpa di next entry =)