Pages

Friday, July 31, 2015

Esah Santai Cafe =)

Assalamualaikum..





Baru-baru nak meraikan umi yang sudah habis puasa enam, kitorang pun bawa umi makan dekat Esah Cafe Santai yang tersenarai femes juga kat ipoh ni... Esah Cafe ni terletak bersebelahan dengan AEON Jusco Station 18.. Paling femes kat Esah Cafe ni ialah ABC dia yang sangat ok... Bagi masakan goreng bagiku agak kurang sedikit... Bagi yang nak datang ke Esah Santai Cafe ni boleh layari fb Esah Santai Cafe , kalau nak pergi guna waze pun boleh dan cafe ni terletak belakang Uitm Kampus Ipoh =)







Xoxo =)



Friday, July 24, 2015

Bunga Api di hati... =)

Assalamualaikum..

Hey ya…


Bunga Api di hati.. =)


Baru-baru ni nak dekat Ramadhan yang terakhir, umi menjemput keluarga ayah berbuka di rumah.. Seronok juga bila semua berkumpul.. Pelbagai juadah yang disediakan..kami pakat memasak je tade beli-membeli ni..hidangan pun simple je kueh teau, ayam masak merah, gulai lemak terung ikan masin, bihun goring, kuih-kuih semua beli.. Malam tu sakan main bunga api dan mercun..haha..iolls saje je nak jadi kanak-kanak Ribena memandangkan tahun depan kena jadi ayu-ayu gitu =)



Thursday, July 23, 2015

Kisah Rayaku =)

Assalamualaikum..

Indahnya sungguh di hari raya,
Ramainya orang bersuka ria… =)




Hi semua, selamat hari raya..macamana raya korang?mesti seronokkan.. Aku dan keluarga, Alhamdulillah.. tahun ni raya kami besederhana je..yela kali pertama beraya tanpa ayah di sisi(al fatihah)..persiapan kami pun sederhana je memandangkan baju raya semua buat sebelum ramadhan..baju raya kali ini, atiqah, adik aku beli kain kat Vietnam so balik jahit je Cuma adik aku hadi dia beli baju sehari sebelum raya..tapi raya tahun ini tak macam dulu-dulu, sehari sebelum raya bakar lemang, masak rendang tok(versi ayah), buat kuih raya, kemas rumah, tukar langsir, takbir malam raya..rindunya ayah..

Raya kali ini, aku macam biasa cuti sehari sebelum raya, kali ini aku yang masak rendang sebab nak bagi juga rasa mood raya. Aku masakla rendang ayam..tapi takla sehebat rendang ayam korang..hehe..aku panggil rendang ayam anak dara cik lias..haha.. masa aku memasak, adik-adikku aku buatla kerja lain, kitorang divide je memandangkan anak-anak cik lias ni ramai anak dara maka senangla nak divide tugas..hehe.. Adikku Amirah plak ditugas bawa umi jumpa kawan ayah nak bayar zakat..erm..aku bukan nak kata apa tapi memang susahkan kalau tade ayah.. =(.. ada kisah sedih sebelum nak gi bayar zakat tu..memandangkan selalu ayah yang bayar dekat kawan ayah..susah nak cari kawan ayah tu..dan yang sedihnya masa adik aku nak keluar pastu bawala keluar kereta, adik aku terlanggar anak kucing comel..umi menangis juga masa tu…masa adik aku hadi nak keluar pergi beli baju raya pun adik aku hadi terlanggar seekor lagi anak kucing comel.. jadi 2 ekor anak kucing yang comel selamat dikebumi pada hari sebelum raya..sedih tau..sejak ayah tade..banyak dah anak kucing dan kucing mati..


Rendang ayam anak dara cik lias.silalah ketawa senyap-senyap..bahaha


Pagi raya, kami berpakat dengan opah nak solat raya sekali.. kami bersolat di masjid kampung changkat larang dekat dengan kubur ayah. Aku terus terang katakan yang raya kali ini tade mood raya tapi kami cuba sembunyikan rasa sedih.. Lepas solat raya dan ziarah kubur ayah, kami beraya di rumah opah(mak ayah) sebab dah janji dengan opah, nak pergi ke sana dulu. Makan-makan, bermaaf-maafan dan ber’selfie’+wefie sekali.




Masa ni kat hospital mawar seremban sebab babah tengah dialisis, ni bilik rehat sementara tunggu babah abis dialisis..aku dengan umi feeling kat Bali lagi..hehe




Mama with us


Aku dan Fatimah 



Aku dengan Babah =)


Aku pun dapat duit raya k...bahaha tapi daripada opah la..hehe..tengok sampul raya ni pun da senyum..bahaha




Lepas solat jumaat, aku bawa umi beraya di Seremban rumah kakak umi yang sulung (mama) memandangkan babah pakcikku pun dialysis di hari raya pertama macam ayah dulu dan kami berpakat nak teman babah, punyalah seronok mama dan babah. Malam tu tidur di Seremban, esoknya kami dua buah keluarga beraya di banting pula, rumah adik umi(chu). Adik umi ni buka rumah anak-anak yatim, ramai juga tapi masa kami pergi tinggal dua orang anak yatim, sorang tu nama dia Fatimah, sejak lahir parents dia dah hantar kat rumah pakcik dan makcikku. Sorang lagi nama dia puteri, puteri ni baru sebulan duduk di rumah anak-anak yatim ini. Puteri ini ada mak ayah dia cuma mak dia sakit sikit dan ayah dia dalam penjara. Anak-anak makcik aku ni semuanya hafiz dan hafizah, yang sulung namanya muaz, muaz masih belajar di Thailand, yang kedua baihaiqi nak sambung belajar di yogjakarta dan dia masa bulan Ramadhan menjadi imam di masjid Taiping, yang ketiga Aufa, aufa aku tak ingat dia belajar kat mana tapi dia sembang dengan kami dia nak teruskan menjaga rumah anak-anak yatim ni. Yang lain semua perempuan pun belajar menghafaz al-quran. Allah sejuk perut mak, kalau diizin Allah, aku nak anak-anak aku menjadi macam dorang. Aufa cakap kat kawasan tu nak bina Maahad Tahfiz. Bagi sesiapa nak buat CSR atau nak ziarah bolehlah ke  Lot 839 Jalan Aman Kanchong Darat, Lot 839, 42700, Selangor, Malaysia boleh waze atau ke fb Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin lepas da berehat panjang kat banting kami pun pulang ke Ipoh..

Oklah, setakat itulah kisah rayaku dan keluarga yang sangat simple =)... XoXo.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin =)



Friday, July 17, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum..







Ikhlas : Nisa Alias dan Keluarga (Aziah, Atiqah, Amirah, Asma Salsabila dan Hadi Fathi) =)

Thursday, July 16, 2015

Welcome Home Dude =)

Assalamualaikum..

Hi semua..lagi beberapa hari nak raya kan? Macammana persiapan korang? Aku dan keluarga, Alhamdulillah ala kadar je  memandangkan ini kali pertama aku dan keluarga beraya tanpa ayah tersayang (Al Fatihah).. Kalau tidak dulu-dulu arwah ayah la yang paling sibuk sebab nak memastikan semua anak-anaknya dapat merasa raya.. Dengan bakar lemang, masak rendang tok, kacay dodol, pasang panjut...tapi tahun ni semua tak merasa nak raya semua lebih tertumpu kepada ibadah.

Alhamdulillah tahun ni adik bongsuku hadi balik beraya di Malaysia, memandangkan tahun lepas dia beraya di Mesir tapi balik juga ke Malaysia menguruskan pengebumian ayah. Flight adik aku dari Cairo ke Malaysia hari jumaat tapi transit sehari di Turki. Turki ke Malaysia dalam 10 jam.. dalam pukul 5.00 ptg, alhamdulillah, dia selamat mendarat ke bumi Malaysia.



Alhamdulillah, tahun ni kami dapat berkumpul satu keluarga =).. 

Ok itu saja untuk entry kali ni, XoXo =)


Wednesday, July 15, 2015

Telekung Siti Khadijah Apparel =)

Assalamualaikum

Hi semua…







Hari Ahad baru ni, aku menunaikan hasrat umi aku nak beli telekung Siti Khadijah, ala telekung yang famous tu. Pagi tu kami bertolak ke Shah Alam memandangkan butik Siti Khadijah ni ada dijual di Shah Alam so aku bawalah umi dan adik-adik pergi. Tak susah nak mencari butik di Shah Alam di Seksyen 15 ni, kalau pakai waze pun boleh. 

Kat Butik ni ada pelbagai jenis telekung, jubah, tudung sarung, stokin dan baju untuk lelaki yang dijual. Konsep butik macam butik muslimah. untuk telekung, ada 3 jenis pattern telekung yang dijual iaitu original, klasik dan moden (harmoni). Kain untuk telekung ni, Material dia sungguh bagus iaitu material fabrik kapas. Beza antara ketiga-tiga jenis telekung ini ialah bentuk muka yang mana dekat muka ada lace atau kerawang. Kalau nak tahu perbezaannya boleh layari laman web Siti Khadijah Apparel 






Harga Telekung Siti Khadijah


Aku sempat grab stoking Siti Khadijah ni untuk buat solat, stoking siti khadijah tebal dan harganya RM 12




Model : Umi yang cute =)


Ini harga telekung yang kami beli

Bagi sesiapa yang nak pergi ke Butik Siti Khadijah di Shah Alam ini alamatnya


Atau boleh layari laman web Siti Khadijah Apparel, sebab butik siti khadijah ni bukan berada di Shah Alam je ada di Bangi, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan banyak lagi. 



Tuesday, July 14, 2015

Big Bad Wolf in Ipoh =)

Assalamualaikum

Hi semua…






Sabtu lepas, aku bawa umi dan adik aku salsabila ke Big Bad Wolf.. =) Ini kali pertama aku pergi ke Big Bad wolf dekat ipoh  walaupun ini adalah kali kedua Big Bad Wolf diadakan di Ipoh.. Pelbagai buku dari luar negara yang ada kat Big Bad Wolf dan majoritinya adalah buku dalam English..Buku dalam bahasa melayu pun ada juga dijual di sini kebanyakkannya novel dan buku lejen press. 

Kebanyakkan buku dekat sini dijual dalam harga rm 10 ke bawah kecuali buku yang set dalam rm 80. Kebanyakkan buku juga adalah buku kanak-kanak, so sudah semestinya umiku teruja nak membeli untuk diletakkan di sekolah umi. Big Bad Wolf ni bermula pada 10.7.2015 sehingga 20.7.2015 di PHL Convention Centre, mengelembu ipoh. 100 pembeli terawal akan dapat mainan percuma. Dalam teruja kami membeli buku, banyak juga kami sambar. Orang lain semua pakat membuat persiapan raya kami pula sibuk membeli buku.. hehe















 Ok, ini hasil tangkapan kami  =)

Friday, July 10, 2015

Aku dan Tuhan : Edisi Malam Seribu Lebih dari 1000 Bulan

Assalamualaikum..

“ Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku”
( Az-Zariyat : 56 )

Alhamdulillah kini tiba 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan , bagaimana persiapan korang menghadapi 10 malam terakhir ni..aku tak nak bercerita banyak sangat sebab ilmu di dada aku ni agak cetek dan dengan iman aku kadang kala turun naik tapi aku boleh je kongsi pandangan aku…memandangkan aku teringin bercakap mengenainya tapi kalau aku silap korang tegurla..mudah-mudahan bertambahnya ilmu aku…

Setiap hari aku berfikir bagaimana aku nak berbicara mengenai bagaimana aku dan tuhan..adakah aku ni sudah berjaya menjadi kalifah yang baik untuk tuhanku?adakah aku ni sudah cukup baik untuk tuhanku?bagaimana perkhidmatanku kepada tuhanku?bagaimana solatku?adakah amalan aku diterima oleh Allah?adakah aku ikhlas dalam mengerjakan ibadahku?adakah aku ikhlas dalam semua hal termasuk kerja dan kehidupan?adakah rezekiku halal?macam-macam dalam fikiranku..
Bagi pemahaman aku la kan, aku kena perbetulkan urusan aku dengan Allah (hablulmina allah) dan juga manusia(hablulminnas).. Ujian yang datang pada kita sebenarnya Allah nak uji macammana kita as khalifah berkhidmat kepadanya umpama kita di universiti..kita nak dapatkan sijil nak dapat result yang gempak mesti kita guna pelbagai method..contoh study barzakh, study malam, study smart, study hard..macam-macam cara..macam tula kita dengan Allah pelbagai method untuk kita berkhidmat dengan Allah supaya kita dapat result yang gempak iaitu syurga… Allah uji kita umpama Allah bagi exam kat kite…kite di dunia ni kena juga exam..

Bercerita mengenai 10 malam terakhir ni, sebenarnya ini adalah hadiah daripada Allah kepada kita sebagai khalifah..dalam Surah Al Qadar (5 ayat) surah khusus utk Al Qadar tanda ianya sangat2 penting (umpama surat cinta dai ALLAH SWT). Al qadar bermaksud malam kemuliaan dan malam penentuan

^Ada 4 perkara yg sangat singnifikan :-
1. Penurunan Al Quraan
2. Lebih baik dari 1000 bulan
3. Turunnya Malaikat bersama dgn ketuanya (Jibril)
4. Sejahteranya mlm itu dari Maghrib hingga ke Subuh


Allah, sungguh muliakan aku teringin sangat jumpa dengan malam ni..bercerita mengenai malam lailatul qadarnya, cuba bayangkan  semua malaikat turun bersama ketua mereka iaitu jibril umpama sesak sangat dekat langit tu dipenuhi dengan malaikat untuk mengaminkan doa kita dan memohon keampunan kepada Allah untuk kita. Bagaimana hati kita menunggu malam lailatul qadar ni?orang yang cinta dengan Allah menunggu malam lailatu qadar ni umpama kita sedang tunggu perlawanan bola atau anugerah-anugerah kat tv. Mohonlah keampunan daripada Allah kerana sungguhnya Allah maha pengampun. Nasihat aku untuk diriku juga jangan cari tanda2 LALIATULQADAR pd keadaan luaran sahaja tetapi tandanya ada dihati-hati kita. Mudah-mudahan kita semua dapat bertemu dengan malam lailatul qadar. Doa yang diajar Nabi kepada Aishah , jom kita hafal... amin2 ya Allah.


sumber google