Pages

Wednesday, July 15, 2015

Telekung Siti Khadijah Apparel =)

Assalamualaikum

Hi semua…







Hari Ahad baru ni, aku menunaikan hasrat umi aku nak beli telekung Siti Khadijah, ala telekung yang famous tu. Pagi tu kami bertolak ke Shah Alam memandangkan butik Siti Khadijah ni ada dijual di Shah Alam so aku bawalah umi dan adik-adik pergi. Tak susah nak mencari butik di Shah Alam di Seksyen 15 ni, kalau pakai waze pun boleh. 

Kat Butik ni ada pelbagai jenis telekung, jubah, tudung sarung, stokin dan baju untuk lelaki yang dijual. Konsep butik macam butik muslimah. untuk telekung, ada 3 jenis pattern telekung yang dijual iaitu original, klasik dan moden (harmoni). Kain untuk telekung ni, Material dia sungguh bagus iaitu material fabrik kapas. Beza antara ketiga-tiga jenis telekung ini ialah bentuk muka yang mana dekat muka ada lace atau kerawang. Kalau nak tahu perbezaannya boleh layari laman web Siti Khadijah Apparel 






Harga Telekung Siti Khadijah


Aku sempat grab stoking Siti Khadijah ni untuk buat solat, stoking siti khadijah tebal dan harganya RM 12




Model : Umi yang cute =)


Ini harga telekung yang kami beli

Bagi sesiapa yang nak pergi ke Butik Siti Khadijah di Shah Alam ini alamatnya


Atau boleh layari laman web Siti Khadijah Apparel, sebab butik siti khadijah ni bukan berada di Shah Alam je ada di Bangi, Kelantan, Terengganu, Kuala Lumpur dan banyak lagi. 



3 comments: