Pages

Monday, May 27, 2013

Faraid ~

Assalamualaikum

Hola...entry kali ini aku nak bercerita tentang satu isu yang aku rasa ia patut membuka mata kita semua. Banyak juga aku perhati atau aku membaca di majalah-majalah tentang isu ini. Erm kerana harta?..


                                            (gambar ihsan: google image)




Kerana harta manusia bergaduh, kerana harta juga manusia bongkak, kerana harta hubungan keluarga menjadi musuh dan kerana harta juga boleh membuat semua porak peranda. Aku ada cerita yang mana isu pembahagian harta tidak diberi dengan betul. Tahukah korang apa itu faraid? faraid dari segi bahasa bermaksud banyak..istilah syara pula ialah pembahagian harta seseorang islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya maka harta tersebut akan diberikan kepada waris terdekat menurut kaedah islam(sumber wiki)...itulah maksud faraid, kita boleh lihat didalam ayat al quran surah an nisa  "Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" (ayat 11), "Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar." (ayat 12) dan "Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan dia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan dia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (ayat 176) Dalam ayat al-quran ini menekankan mengenai faraid..erm..aku rase kalau pemberian harta daripada peninggalan ibu atau bapa kita yang telah tiada tidak betul..baik tebus dan perbetulkan semula yang mana patut dapat... Cara pembaghagian faraid dengan betul ini patut diketahui dan difahami oleh semua. Ini juga buat pembelajaran dan pengetahuan untuk diri aku juga.sekian untuk entry kali ini daa~

Sunday, May 26, 2013

Ratuku..



Assalamualaikum

Hola..hehe..sebelum terlambat selamat hari ibu dan selamat hari guru buat umi tersayang..





I love u umi :)

Monday, May 20, 2013

Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak..

Assalamualaikum


Hola..Last weekend aku bekerja, aku dipanggil last minute untuk bekerja sempena sambutan hari belia..kerja weekend???heheh..apa boleh buat..aku suka je bekerja weekend walaupun tak dapat OT tapi boleh dapat CUTI..heheh..kumpul2 cuti...ahakss...tadela aku suka je bekerja dengan masyarakat sebab aku nak melatih diri aku berkomunikasi dengan masyarakat..boleh mendidik aku agar tidak sombong dengan orang..aku kena berusaha melatih diri aku agar tidak sombong dengan orang lagi satu aku nak melatih diri aku bagaimana nak buat event supaya akan datang bila aku pegang projek aku boleh membuat dengan usaha sendiri insyaAllah...eh..eh..tapi ini tak bermakna aku SOMBONG tau...amboi cek tak sombong naa..ok.berbalik pada topik..aku bekerja pada hari sabtu dari pukul 9.30 pagi sampai pukul 10.00 malam dan tempat berlangsungnya event adalah di sungai siput..team yang aku join pada kali ni adalah team unit ksociety..pada sebelah siang adalah pameran booth untuk orang awam di sekitar sg. siput dan acara kemuncak adalah di sebelah malam yang mana sambutan hari belia ini dirasmikan oleh Menteri Besar Perak.. Pelbagai aktivti yang menarik yang telah dianjurkan oleh pihak penganjur iaitu Majlis Belia..antaranya autoshow, pameran booth, pertandingan battle of the band (sangat hebat tau, banyak juga kumpulan yang menyertai dan mereka sungguh berbakat..) dan banyak lagi.. Aku suka pada sebelah malam sebab ada pertandingan sepanduk kreatif dan tepok sorak oleh belia-belia yang dibawa khas dari pelbagai daerah di negeri perak..mereka sangat hebat..daebak!!!






dalam sibuk bekerja, sempat juga bergambar dengan shahrul shiro..ala..maharajalawak tuuuuu..hehhe

 


sungguh kreatif mereka..daebak!!!



antara aktiviti yang menarik...pengalaman sungguh bermakna..chaiyok2..ok setakat ini dulu kite tunggu entry yang lain ~daaa


Thursday, May 16, 2013

Triple-B live in Malaysia ~


Assalamualaikum

Triple-B???apakah??ok triple-b merupakan 3 group korea iaitu Big Bang, Beast dan Btob..so thats why aku gelar 3 kumpulan ni as triple-b memandangkan aku pun minat lagu dorang..iya kah??kah kah..jap2 jangan melatah..itu dulula beb..sekarang aku layan je tapi tak fanatik macam dulu.. Cakap pasal K-Pop, aku  dulu fanatik sangat dengan kpop..hahah..percaya tak aku sanggup beli dvd,vcd apa ke jadah d..d..d semua yang original untuk tengok konsert n lagu dorang. I bet ramai giler fangirls kat luar sana yang sanggup bermati-matian untuk K-pop hehe macam aku kan???..hahah.. Kekadang aku heranlah, korang (k-popers) tau je bila kumpulan mana nak datang Malaysia. Tetiba dah ada kat KLIA. Macam manala korang tau??? Ramai juga yang aku perasan, sanggup beli tiket mahal-mahal semata-mata nak tengok dorg live..kalau aku, aku rekod je kat umah..astro beyond kan ada tak pun download je kat you tube...haha..
 





p/s : Bagi yang meminati artis kpop, berpada-pada juga ya..ini semua di dunia ingat juga di akhirat sana =)

Saturday, May 11, 2013

Running Man: Misi Warisan kita....

Assalamualaikum


Holaaa...kali ini misi running man kite di lenggong...aku mendapat misi ini daripada bos a.k.a kakak korporatku.. aku berkumpul bersama dengan team gary..eh2 silap bersama dengan team kperak pada pukul 7pagi..terima kasih kepada umi,nurul n opah sbb sudi bangun pagi menghantarku..nanti i belanja..ok..hahha..mari menerus misi...team aku kali ini seramai 4 orang VVIP of cos big bos aku a.k.a ceo syarikat aku..artis jemputan tak sempat jemput pulak..ahakss...nanti lari bajet..hahah..ok misi running man bermula di jelapang dengan menemani kakak korporatku a.k.a k.erny di opis dengan menaip teks ucapan bos..hampir 20 minit misi ini dapat diselesaikan..waaa..kami team yang berjaya (di saat ini terbayang wajah jaesuk..hahhaha) seterusnya misi kami ialah mencari tempat breakfast sebelum sampai ke destinasi...isi tenaga dulu sebelum buat kerja...sedang asyik makan driver syarikat aku a.k.a abg syam yang membawa bos menyesatkan bos...opsss..nonoo..bukan ajaran sesat tetapi sesat jalan..walawei..agak2 la takan tak bawa GPS...apa punya driver daaa...kami juga cekap (saat ini terbayang menggunakan papago k.erny masa nak misi ke titi serong..)...oleh sebab bos besak(tune kedah sat) kerap call cr tempat maka kami terpaksa makan laju2 untuk ambil bos..kiranya nak konvoila..hahah..wokeh..sesampai di sana kami mula mengeluarkan barang untk dipamer kat booth...dengan semangat yang jitu dan gigih walaupun gusi masih bengkak..aku menyiapkan booth bersama team running man...aku suka panggil team ni running man sbb walaupun kite bekerja tapi kami bekerja dengan seronok sehingga misi di sesuatu tempat berjaya...i love my team..wallaahhh...hehe..misi kali ini ialah Majlis Sedetik Mengimbau Warisan yang dianjurkan oleh pelajar usm pulau pinang..oleh disebabkan syarikat kami penaja utama maka kami kena berada di sana..terima kasih k.erny.. Misi kami di lenggong berakhir pada pukul 1.30 ptg seterusnya kami meneruskan misi makan di Dim Sum greentown...hahah..makan di sini bolehla tahan aku suka cream tart die sgt lembut..bolehla aku makan sebab gusi aku kan bengkak...10s team running man ku esp k.erny sbb belanja makan Dim Sum...hehehheh...~daa




gambar maklumat zaman dahulukala




hadiah peghargaan dan cenderamata dr pihak penganjur





k.erny : order2..makan je ape yg korang nak tp jgn mahal..heheh (sory kak gurau saje)





thanks kak, belanja makan..nxt time sy pula..hehhe





Wednesday, May 8, 2013

Amanah =)



 Assalamualaikum






"kite semua insan biasa tapi hendaklah berusaha dgn luar biasa untuk mencapai kejayaan"

insyaAllah  =)

UNFRIEND !!!!



Assalamualaikum

Hola...apa erti sahabat bagi korang..bagi aku sahabat ialah di kala kita suka dia ada, dikala kita susah dia pun ada..kalau istilah sekarang bff aka bestfriend forever..aku suka berkawan tak kira lelaki mahupun perempuan..kalau aku berkawan dengan lelaki aku masih jaga batas-batasnya ialah kita orang perempuan mesti jaga batas-batasnya.. dari kecil sehingga besar aku tak ade yg close dengan aku tapi aku menghargai mereka sebagai sahabat.. walaupun aku tade yang close dengan aku, aku sayang mereka n sentiasa jaga hati mereka.. dan insyaAllah satu hari nanti aku pasti akan mempunyai close friend dengan aku di kala aku susah dan di kala aku senang iaitu insan yang bergelar suami..amin2..setakat ini, bestfriend aku yang aku hargai sangat adalah mak aku, insyaallah aku akan menjaganya sampai ke syurga, ya Allah kau berilah kekuatan itu..aku sangat hargai juga sahabat aku yg aku anggap seperti kakak..hehe..kakak persona =)...terima kasih di atas segalaanya..walaupun aku ni masih muda..cewah perasaan kejap tapi aku banyak belajar daripada pengalaman kakak persona..aku juga mempunyai sahabat aku yang aku rasa aku begitu close dengan dia..aiseyy da lama aku tak kontek bakal lawyer ni..sahabat aku ni masih belajar dan merupakan pelajar jurusan undang-undang di unisza dan merupkan pelajar tahun akhir..semoga sahabatku ini berjaya ddunia dan akhirat..amin2.. di kala aku menulis entry ini aku rasa aku merindui saat bergelar sahabat semasa belajar..hahah..aku dikira bukan yang sopan lembut..bak kata jambu muka legend tapi hati jambu..ahaksss..akukah itu??hahahha.. tapi bagi sahabat2 aku yang baca blog ini..ewahhh..aku ingin meminta maaf andai aku ada terkasar bahasa sepanjang pengenalan kita.. =)







Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.




Tuesday, May 7, 2013

Misi Running Man: SK TITI SERONG

Assalamualaikum

Hollaaaa...untuk entry yang ketiga nie aku nak cerita tentang event yang syarikat aku anjurkan..event ni dinamakan Hari ICT dan Program Bantuan Komputer..event ini diadakan di sek titi serong, parit buntar..seramai 12 orang kakitangan telah turun untuk menjalankan tugas..event nie telah dirasmikan oleh Datuk SS merangkap setiausaha sulit MB Perak...ini adalah pengalaman pertama aku bersama Datuk SS..Ok nak dijadikan cerita event ni berlangsung pada hari sabtu tetapi dukacita dimaklumkan aku da apply cuti pada hari jumaat...aku dan bos aku merangkap kakak opis aku bertolak pada pagi sabtu..team satu lagi telah bertolak awal..keesokannya aku bangun awal disebabkan aku da berjanji dengan kakak opis nk bertolak pada pukul 6 selepas subuh...memandangkan rumah aku jauh dan hujan lebat aku sampai ditempat yang dijanjikan pada pukul 6.30...maaf kak erny...aku dan k.erny bertolak pada pukul 6.30 dr ipoh terus ke titi serong..kena drive laju2 tapi mematuhi had laju juga sbb event stat pukul 8 pagi...bila sampai kat tol exit bandar baharu kami da tak tau nak masuk simpang mana..nasib baik papa go k.erny berfungsi..waze aku plak buat hal (kawan2 papago dan waze adalah satu aplikasi GPS, kawan2 boleh download di playstore bagi yang menggunakan samsung)...so misi running man kami adalah untuk sampai ke sk titi serong. tq to papa go k.erny akhirnya kami sampai... =)



Monday, May 6, 2013

Dunia baru saya...ahaks!!

Assalamualaikum..

Holaaa..Ini entry kedua aku..Bila da bekerja.aku rase ayat aku macam skema plak berbanding dgn entry blog yang aku pernah buat michiko411.blogspot.com..rase macam nak ketawa pon ada.skema..tapi tape ni baru permulaan atau muqadimah blog ni... nanti bila da comfortable. ? Da ada serasi atau chemistry kompem ngam...heheh..banyak benda nak cerita tapi tape kite slow2 dulu...pastu baru boleh masuk gear 4...vrooom. ..~daaa

2010 -----> 2013...lamanyeee



assalamualaikum...

Holaaaa..setelah di godek2 akhirnya jumpa juga password blog aku.....hoyeeeee...alhamdulillah....terpanggilnya aku untuk menulis balik blog apabila aku suka membaca blog kakak opice aku...seronok dengar cerita....adei skema plak..hahhah..blh tgk blog kakak ni di ernyfirdaus.blogspot.com..untuk permulaannya aku just nk warming up..okkkk da~