Pages

Tuesday, October 22, 2013

Pergi Kenduri Kahwin + Reunion =)

Assalamualaikum

Wehuuu, apa khabar semua..da lama rasanya aku tak berblog. macam biasa la alasan aku,hehe nak kata aku sibuk tak juga, nak kata idea tiada..ade je tapi tula..heheh...ok kawan-kawan..kali ini aku eksaited nak cerita pasal kenduri kawen classmate aku masa belajar dulu. Eksaited??of cosla sebab dalam banyak-banyak kenduri kahwin classmate kenduri sahabat aku ni je yang aku berpeluang pergi sebabnya dekat shah alam..yeahh shah alam peace yo..hehe..

Kenduri kawen classmate aku ni bertarikh 20.10.2013..jangan main2 aku pergi sebelah perempuan tau..sebab classmate aku ni kawen dengan junior kami..wah gituu...cinta antara senior dan junior =)
Alhamdulillah..

Aku bertolak dari ipoh pada jam 10.30 pagi dan sampai di Shah Alam pada jam 1.30 petang, bukan ape sebagai kakak yang solehah aku kena hantar adik-adik aku pulang ke kampus sebelum aku berjimba-jimba dengan kawan-kawan..hehe..Selepas menghantar adik-adik aku, aku ke Seksyen 19 untuk ambil kawan-kawan yang lain di komuter. Alhamdulillah, walaupun tak expert jalan area shah alam tapi aku ingat juga jalan ke seksyen 19 tanpa menggunakan waze..hehe...bangga sikit boleh tak??heheh

Bila semua da sampai kami terus ke seksyen 9, rumah pengantin perempuan..masa kami sampai pengantin tengah makan beradab..hehe..tapi seronok juga masa ni sebab jumpa ramai junior..heheh...makan2 pastu bergambar dengan pengantin kemudian kami berkonvoi ke DEMC melawat ketua kelas kami yang sakit..pastu pulang sebab esoknye kerja..hehe.. kepada man dan iqa selamat pengantin baru semoga berbahagia hingga ke syurga....



Ambil berkat sikit =)