Pages

Friday, July 10, 2015

Aku dan Tuhan : Edisi Malam Seribu Lebih dari 1000 Bulan

Assalamualaikum..

“ Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku”
( Az-Zariyat : 56 )

Alhamdulillah kini tiba 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan , bagaimana persiapan korang menghadapi 10 malam terakhir ni..aku tak nak bercerita banyak sangat sebab ilmu di dada aku ni agak cetek dan dengan iman aku kadang kala turun naik tapi aku boleh je kongsi pandangan aku…memandangkan aku teringin bercakap mengenainya tapi kalau aku silap korang tegurla..mudah-mudahan bertambahnya ilmu aku…

Setiap hari aku berfikir bagaimana aku nak berbicara mengenai bagaimana aku dan tuhan..adakah aku ni sudah berjaya menjadi kalifah yang baik untuk tuhanku?adakah aku ni sudah cukup baik untuk tuhanku?bagaimana perkhidmatanku kepada tuhanku?bagaimana solatku?adakah amalan aku diterima oleh Allah?adakah aku ikhlas dalam mengerjakan ibadahku?adakah aku ikhlas dalam semua hal termasuk kerja dan kehidupan?adakah rezekiku halal?macam-macam dalam fikiranku..
Bagi pemahaman aku la kan, aku kena perbetulkan urusan aku dengan Allah (hablulmina allah) dan juga manusia(hablulminnas).. Ujian yang datang pada kita sebenarnya Allah nak uji macammana kita as khalifah berkhidmat kepadanya umpama kita di universiti..kita nak dapatkan sijil nak dapat result yang gempak mesti kita guna pelbagai method..contoh study barzakh, study malam, study smart, study hard..macam-macam cara..macam tula kita dengan Allah pelbagai method untuk kita berkhidmat dengan Allah supaya kita dapat result yang gempak iaitu syurga… Allah uji kita umpama Allah bagi exam kat kite…kite di dunia ni kena juga exam..

Bercerita mengenai 10 malam terakhir ni, sebenarnya ini adalah hadiah daripada Allah kepada kita sebagai khalifah..dalam Surah Al Qadar (5 ayat) surah khusus utk Al Qadar tanda ianya sangat2 penting (umpama surat cinta dai ALLAH SWT). Al qadar bermaksud malam kemuliaan dan malam penentuan

^Ada 4 perkara yg sangat singnifikan :-
1. Penurunan Al Quraan
2. Lebih baik dari 1000 bulan
3. Turunnya Malaikat bersama dgn ketuanya (Jibril)
4. Sejahteranya mlm itu dari Maghrib hingga ke Subuh


Allah, sungguh muliakan aku teringin sangat jumpa dengan malam ni..bercerita mengenai malam lailatul qadarnya, cuba bayangkan  semua malaikat turun bersama ketua mereka iaitu jibril umpama sesak sangat dekat langit tu dipenuhi dengan malaikat untuk mengaminkan doa kita dan memohon keampunan kepada Allah untuk kita. Bagaimana hati kita menunggu malam lailatul qadar ni?orang yang cinta dengan Allah menunggu malam lailatu qadar ni umpama kita sedang tunggu perlawanan bola atau anugerah-anugerah kat tv. Mohonlah keampunan daripada Allah kerana sungguhnya Allah maha pengampun. Nasihat aku untuk diriku juga jangan cari tanda2 LALIATULQADAR pd keadaan luaran sahaja tetapi tandanya ada dihati-hati kita. Mudah-mudahan kita semua dapat bertemu dengan malam lailatul qadar. Doa yang diajar Nabi kepada Aishah , jom kita hafal... amin2 ya Allah.


sumber google



No comments:

Post a Comment