Pages

Monday, May 18, 2015

Green School &Tanah Lot @ Bali... =)

Assalamualaikum

Hari pertama di Bali, aku, umi dan adik-adik bangun dan bersiap awal..kata breakfast pukul 8am so kami dengan sharp nye pukul 8am da turun..yang lain masih berada di bilik...pergi kat kaunter "Mas(abang), breakfastnya sudah siap ke belum?"...Mas tu rupenya tak faham breakfast tu apa..nasib baik chef kat dapur dengar kami tanya..chef tu cakap tengah goreng buk...sambil menunggu breakfast tu, dan la posing2..umi plak baca paper...hehe..kata umi..umi nak belajar bahasa indonesia kejap..haha..kat sini pukul 8am da macam pukul 10am..panas terik tau...subuh kat sini pukul 4.30am...tunggu punye tunggu maka siapla breakfast kami...


Ni kat bilik aku, bilik sebelah bilik umi tapi kami semua tido ngan umi..hehe..


Nampak panas kan?time ni pukul 7.30am...



Salsabila, Amirah, aku dan Umi..


Inila rupe breakfast kami....tapi aku tak makan habis pun sebab rasa lain..


Tepat jam 9.00am pak supir pun datang..lepas tu kami semua bergerak ke tempat yang teruja dan tempat yang dinantikan..iaitu 'Green School'....

“And here it is, it’s called Green School. I know it doesn’t look like a school but it’s beautiful, sustainable and we teach children that the world is not indestructible and that they can make a difference!”
-John Hardy, Founder of Green School



Nampak macam gaya pelancong tak??hehe...ok seperti yang John Hardy cakap kat atas, Green School ni bukan macam sekolah biasa..memang luar biasa..Green School ni, semua bangunan dibuat daripada buluh dengan persekitaran sekolah ni dalam hutan. Korang kenal tak siapa John Hardy ni??taip kat google la...hehe..John hardy ni adalah pengasas barang kemas..dia buka bisnes barang kemas dekat Bali dan dalam masa yang sama dia dan isterinya Cynthia Hardy membuka Green School. 















Untuk masuk ke Green School ni perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah, maksudnya sebelum nak pergi ke Green School ni email dulu siap2 dekat dorang beritahu tujuan datang, daripada mana..ini kalau  korang datang dengan persatuan atau rombongan. Kalau korang nak datang sekadar ingin melihat Green School ni macammana, dorang open to public pada pukul 2.45pm dan dikenakan bayaran 120 ribu rupiah atau 10us dollar bersamaan dengan RM 33.00...so sebelum masuk kena pergi kat kaunter tulis nama dan bayar duit kemudian dorang akan bagi gelang untuk kenangan.. =) Selepas mendaftarkan diri, pihak pengurusan dorang akan memberi taklimat dan penerangan mengenai Green School, selepas diberi penerangan, dorang akan membawa melihat satu sekolah ini.. Untuk pengetahuan korang, kalau masuk sini boleh nak bergambar tapi dorang tak benarkan kita mengambil gambar pelajar dorang bagi tujuan keselamatan.






Kawasan ini dijadikan tapak perkhemahan.. menurut dorang..setiap tahun akan ada Green School's Camp..kadang-kadang melibatkan negara luar dan kebiasaanya dari Singapura dan Australia



Kelas dorang


Ternakan




Tanaman


Ok, menurut dorang lagi..dorang tengah berusaha untuk membuat janakuasa elektrik dengan menggunakan air dan masih dalam pembinaan





Yang ni paling aku teruja, di tingkat 2 ni merupakan makmal komputer. Cuba korang bayangkan bagaimana komputer boleh hidup dekat sini. Memerlukan plug point yang banyak..wayar yang banyak..solute sangat..aku harap tempat kerja aku yang berlandaskan ICT ni lebih peka pembangunan macam ni..tak mustahil kalau kita tak boleh buat...katakan Malaysia Boleh!!!..






Sepanjang di Green School ni, umi tak sihat tapi kerana umi teruja sangat umi gagahkan juga diri umi.. Kalau korang datang ke Green School ni, korang akan rasa letih tapi tak rasa letih sangat pun cuma aku ni da lama tak bersukan..haha..bukan apa berjalan sikit pun da berpeluh..hehe..sediakan air dan pakai sport shoes.. =) ..Kalau korang nak tahu Green School tu macam mana bolehlah layari kat google atau pergi ke web dorang Green School


Seterusnya, kami gerak ke ubud untuk makan tengah hari.... lapar sangat, perut umi pun da masuk angin...





Ini tandas dorang




Kami makan menghadap sawah padi..kat sini sawah padi dorang sangat lebat...






Kami memilih untuk makan set bebek (itik).. Sedap sangat.. yang paling best ikan dan bebek yang dorang sediakan masak dalam buluh..aku tak ingat nama ikan tu tapi rasa memang sedap..so kalau datang kat ubud ni pilihlah makanan berset dan makan nasi putih kalau nak makan nasi goreng ke aku tak suggest sangat sebab tak beberapa sedap 



Alhamdulillah kenyang, tempat makan ni aku memang suggest korang pergi...halal pun halal.. 

Destinasi seterusnya ialah Tanah Lot...perjalanan dari Ubud ke Tanah Lot sebenarnya sangat jauh..dan aku sangat kecewa sebab dekat Tanah Lot ni la tempat nak tengok matahari terbenam tapi apakan daya kami sampai semua da balik...waaaa sodih habaq hang...so Dear Future Husband..nanti bawa isterimu ke sini ye...






Nak masuk ke Tanah Lot pun kena bayar tiket dan tiket parking..harganya seperti dalam gambar...

Ok lah setakat ini untuk hari pertama di Bali..nanti aku sambung cerita lagi k... =)






2 comments:

  1. Assalamualaikum kak..ehe wahh lame x dengar brita akk..ehehe aktif jugak ye akk ngn blog.hehe kipidap..terbaik la..hehe sya puny je bersawang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ws dik,..hehe..rindunye nak sembang ng awak dik..haha..rindu junior tau..haha..tak aktif pun, baru nak aktif..dulu pakai nama lain...skrg baru nak aktif...nnti follow akk ye.. =)

      Delete