Pages

Wednesday, July 8, 2015

Boss vs Leader

Assalamualaikum..

Hai semua…

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…   "

( Al-Baqarah: 286)”

Aku bukan nak berceloteh atau nak merungkaikan tafsir Al-Quran ni.. Lagipun ilmu aku masih cetek.. Ujian aku pada bulan Ramadhan kali ini tak sehebat ujian aku di bulan Ramadhan tahun lepas.. Aku tak nak bercerita tentang ujian aku tahun lepas sebab aku takut banyak air mata akan keluar.

Aku da bekerja di syarikat ni hampir 3 tahun.. Pada permulaan kerja memang sangat seronok sebab aku di ajar membuat macam-macam yang berkaitan dengan IT memandangkan aku pemegang ijazah pembangunan perisian. Masa aku belajar dulu memang aku banyak buat research even final projek aku dulu pun aku buat research dan aku buat prototaip yang berkaitan Dijkstra. Djikstra tu ape? Djikstra tu macam mana kita nak kira perjalanan dari satu tempat ke tempat lain dengan menggunakan kaedah Djikstra, ada banyak kaedah contohnya Floyd, Bellman..tapi Djikstra lagi mudah untuk difahami. Wah aku rindu masa nak buat tu.. =)

Apa yang aku lihat dalam boss vs Leader ni  jadila leader yang bagus fahami keupayaan staff kemudian didik la dengan baik bukan jadi bos yang mengharap pujian..

Doakan aku nak sambung belajar nak sahut cabaran yang aku juga boleh buat kerja walupun aku ade basic. Terima kasih =)





p/s: tak tuju sape2 tapi kalau sentap sendiri rawat ye. =)

No comments:

Post a Comment