Pages

Friday, June 21, 2013

Guess if you can, choose if you dare!!!



Assalamualaikum..







Hola...rajin plak aku nak menaip hari ini..hahaha..ok korang..aku nak tanya,korang pernah alami tak susah dalam membuat keputusan?? Ye..ye.. aku mengaku aku sering juga mengalaminya...kadang-kadang tu kan beb, bila da buat keputusan pastu fikir balik tentang kesan akan datang tukar pula keputusan lain..Baru-baru ni aku ada baca satu artikel di iluvislam.com..ye korang pun patut baca artikel kat situ.. aku tertarik dengan tajuk susah membuat keputusan(lebih kurangla tajuk tu...ishh..yang penting isinya dong..) ok jom aku elaborate serba sikit isi kandungannya...ok sepertimana yang kita tahu kita sebagai manusia ni dikurniakan akal tapi sejauh mana kita sebagai manusia memanfaatkan dan sejauh mana akal itu digunakan berbanding dengan emosi..yela kadang2 manusia suka membuat keputusan berdasarkan emosi berbanding dengan berfikir.. Kadang-kadang aku terfikir adakah membuat keputusan tu terlalu rumit??

‘It does not take much strength to do things, but it requires great strength to decide on what to do.’ -Elbert Hubbard-

Ok dalam content iluvislam.com ada bagi tips bagaimana kita dapat membuat keputusan berdasarkan fikiran..kat sini aku letak point-point daripada artikel tersebut, mungkin dapat membantu kita membuat keputusan termasuklah aku..Jom..

1. Pastikan bahawa minda anda berada dalam keadaan baik.

Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah keadaan minda kita.
Adakah ketika itu kita sedang marah?
Atau sedang sedih? Kecewa? Geram?
Sakit hati? Patah hati? Makan hati? Panas hati? Retak hati?
Dan segala jenis hati yang ada kaitan atau dengan bahasa mudahnya dalam keadaan tak gembira?

Persoalan-persoalan di atas adalah contoh bagaimana keputusan berdasarkan emosii..cuba korang perhatikan di sekeliling korang berapa banyak masalah yang timbul dan keputusan berdasarkan fikiran?? ok Aku bagi contohla, contohnya kes penceraian..bagaimana sepasang suamiisteri yang tengah bergaduh beremosi akhirnya keputusan bertindak melalui emosi. Contoh lain di tempat kerja, bagaimana pembahagian kerja yang tak betul, bagaimana seorang pekerja tidak bekerja sebagai satu pasukan, bagaimana seorang pekerja menyelamatkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain.. banyak juga keputusan yang dibuat berdasarkan emosii..akhirnya siapa yang menjadi mangsa? Ha cuba fikir-fikirkann...

2. Berhenti ‘berfikir’ tentang pilihan anda.

Berhenti berfikir? Maksudnya? Tidurkah?Berangankah?Eh taklah..

Take another look from the other side.

Ye..ye..maksudnya di sini..bila ada masalah yang timbul cuba korang berada di dalam situasi tersebut..apa akan terjadi?  Dengan kata lain, korang cuba letakkan diri korang dalam situasi tersebut. Adakah korang selesa dengan keputusan korang? Adakah korang gembira apabila keputusan itu dibuat?
adakah keputusan yang korang buat berdasarkan rasional itu tadi membuahkan hasil yang positif? Cuba renungkan...

‘When you base your life on what’s in your heart, the majority of your decisions are already made.’ -Paul Clark-

3. Menilai setiap kemungkinan dan mempunyai matlamat yang jelas.

ok yang ketiga ni korang kena optimis korang kena tengok keputusan korang tu ada baik atau buruknya untuk diri korang ataupun untuk orang di sekeliling korang..keputusan korang tu samaada dari segi baik dan buruknya..

Kesimpulannya setiap orang mempunyai hak, Jadi, sekarang ini apa yang boleh kita beri perhatian. Sebelum membuat keputusan, kita perlu buang perasaan ego dalam diri. Pastikan keputusan kita menghormati hak orang lain.

‘Everyone should carefully observe which way their heart draws them, and then choose that way with all their strength.’ -Hasidic Saying-

So aku harap korang pandaila membuat keputusan, tips ini mungkin dapat membantu korang dalam membuat keputusan begitu juga peringatan dan pembelajaran buat aku..jumpa next entry daaa..

Thursday, June 20, 2013

lawatan sambil belajar...weehuuuu!!!

Assalamualaikum

Hola..entry kali ini aku nak story sikit pasal lawatan sambil belajar aku ke cybersecurity di seri kembangan..uishh..cik puan sekelian jangan kembang sangat...hahha..opss..ok2 lawatan sambil belajar aku ini diuruskan oleh unit k-workers yang diketuai oleh puan susan..wakil daripada company aku seramai 5 orang yang lain semua daripada jabatan jabatan kerajaan negeri perak. Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas dan bertolak pada pukul lapan pagi..dalam bas aku duduk sebelah kak devi aka kakak dari unit aku..hehe. .macam-macam kami sembang pastu tertido pastu sembang balik..aku pun tak sihat juga time tu yela baru baik demam panas..kami sampai dalam pukul 12.30 yela tersesat sikit tambah plak dengan jem..ye betul aku terlupa nak bawa roti..ahaks..sesampai di sana kami  dijemput oleh tuan rumah iaitu staff daripada cybersecurity yang dikenali sebagai arif dan kak ogy..teruja woo aku nak masuk cybersecurity...teruja juga bukan apa aku memang minat siri penyiasatan  ala macam csi miami tu..hehe..ok berbalik pada tentatif, bila kami sampai kami diberi taklimat oleh puan karrien (aisey sorry aku tak ingat ejaan nama dia ala janji sebutan betul okla), taklimat yang disampaikan oleh beliau adalah mengenai cybersecurity. Cybersecurity dulu dikenali sebagai National ICT Security and Emergency Response Centre (NISER) kemudian diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh en megat. Taklimat yang disampaikan oleh en megat memang sangat menarik perhatian aku..why?? Ye..ye sebabnya beliau adalah ketua penyiasatan..lebih kurang macam tula, sangat teruja aku mendengar taklimat yang disampai oleh beliau. Bagi yang ada masalah dengan facebook kena godam la, website kena godam la boleh la menghubungi MyCERT iaitu Malaysian Computer Emergency Response Team atau cyber999 disini  http://www.mycert.org.my/en/about/contact_us/main/detail/18/index.html. Anda juga boleh membuat lawatan sambil belajar ke sana..ewah promote2.. aku jamin mesti korang teruja bila kat sana nanti terutama bagi pelajar-pelajar universiti yang mengambil subjek digital forensic atau network security(sungguh aku rindu belajar network security). ok jupe next entry daa~








Wednesday, June 19, 2013

Long call~♥♥

Assalamualaikum..

Hola..holy ku beri nama cikibung cikibung...hai u olls, setelah sekian lama aku tak update, almaklumla busy bebenor..busy ke? Ahaks..hehe..ok meh aku nak story pasal long call...alhamdulillah tanggal 5.6.2013 baru2 ni..adik kedua aku selamat memakai jubah peguam setelah disarung oleh master die. Hahha..macam majlis bertunang plak..ahaks.. Ha master? Ye master..lebih kurang mcm supervisor la tapi kalau lawyer dorg panggil master. Adik aku ada dua orang master , masa dia chambering, kenapakah?? Chambering? Apa tu? Ok chambering plak lebih kurang praktikalla bagi graduan2 yang lain cuma bezanya chambering ni da boleh masuk court,  baca fail2 lebih kurang macam dah bekerja.. kenapa adik aku ada 2 master sebab masa mula2 dulu die chambering dekat hafizahana & co dekat shah alam..ye pengalaman di sana amat mencabar, tapi tak secabar jugala sebab firm tu baru buka..setelah beberapa bulan chambering di hafizahana & co adik aku xdapat kes sbb ikut syarat chambering kena ade kes dipegang ala mcm kite fyp dolu2 tu...so adik aku try cr firm kt ipoh..alhamdulillah rezeki die sgt murah die diterima chambering di tawfeek badjenid & partners. Aku pujila dekat firm tawfeek ni, bukan ape ade kelas agama, bacaan yaasin, memang terbaikla..I wonder if my company will do the same..kan best..heheh..ok berbalik pada 5.6.2013..bagi meraikan adik aku ni, aku pun apply cuti kakak mana tak gembira jika adiknya berjaya betul tak?? Hahah..ok, pagi tu yg ade aku, ayah, umi, mira n ehem2 adik aku ni..first time masuk mahkamah, teruja gile sambil ambik gambar dalam mahkamah sampai pakcik guard tegur.aiyaaa (untuk makluman semua para pembaca masuk mahkamah tak boleh ambik gambar tau,salah di sisi undang-undang mahkamah). Ok berbalik pada topik,adik aku ni die adalah orang pertama yg akan dipakai jubah peguam pada hari kejadian... lebih kurang 5 orang yang akan dipakai jubah pada hari tersebut..kat situ juga ade hakim, beberapa orang lawyer, peguamcara, wakil dari malaysia bar council and wakil dari perak bar council... bila hakim masuk, semua kena berdiri lepas tu ade orang akan menyebut kes dan panggil nama adik aku so adik aku pun jalan menuju ke depan. Peguamcara telah dilantik bagi membaca speech yang ditulis adik aku..ha speech? Ye kawan-kawan, speech adik aku kena sediakan untuk dibaca oleh peguamcara, peguamcara ni adalah peguam yang telah dicari oleh master adik aku.. sayu hati aku bila peguamcara menyebut anak kedua daripada pasangan mohamad alias bin mohd yunus dan aziah binti mohd shah baki, saya kira kedua ibubapa beliau hadir pada hari ini..sebak n sayu hati aku ni dan aku pasti umi dan ayah aku merasa sangat bangga dan seronok..waaa..aku pegang tangan umi, umi pula genggam kuat dan senyum tanda gembira..setelah dibaca speech, wakil bagi setiap bar council tiada bantahan maka sesi penyarungan jubah pun dijalankan..alhamdulillah maka selesaila long call adik aku..then sesi bg bunga n bergambar sudah tentu..hahah.. dengan ini secara rasmi nurul atiqah binti mohamad alias sah , menjadi peguam..alhamdulillah ♥♥♥.ok jupe next entry..daa~






Thursday, June 6, 2013

Itu Ini Begitu Begini ~



 Assalamualaikum.. Jom hayati lirik ini =)

 Kau membisik, Kau memanggil
Cuba mengheretku ke ruang fantasi
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa


Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta


Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas
Pesanan ringkas di alat komunikasi
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi
Bila diumpankan secebis umpatan
Yang lebih penting lebih senang dilupakan
Yang gangsa digilap  kita sangka emas
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah


Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta


Satu masa dulu kita dua sejoli
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis
Macam baju tukar laju biar mereka menangis
Tak heran ada yang lain lain
Kita saing bukan sukan hanya main main
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa
Jemput ke rumah aku kalau ada masa


Helah dan dusta punca sengketa
Menghancurkan segala
Bawa sengsara dan airmata



Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta


Syukur..~

Assalamualaikum




Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi di atas kurniaan yang diberikan, syukur juga kita masih berada di muka bumi. Dalam kita sibuk melayari bahtera kehidupan banyak dugaan dan cabaran yang akan kita jumpa mungkin cabaran dan dugaan itu ada yang berjaya ada yang tidak berjaya.
Nak cerita pasal syukur ni..3 hari lepas masa aku balik kerja sementara tunggu lampu hijau menyala (traffic light) tiba-tiba aku terpandang seorang insan yang aku panggil pakcik sedang mengayuh basikal menuju ke traffic light yang aku berhenti.aku perhati pakcik tersebut rupa2nya pakcik guard opis aku.dari penglihatan aku, tiba-tiba hati aku rasa sayu..bukan ape pakcik tu mengayuh basikal menuju ke rumahnya, agak jauh juga rumahnya nasib baik tak hujan..terdetik dari naluri hati aku yang kecil ini..aku perlu bersyukur sebab aku pergi dan balik menaiki kenderaan beroda 4 berbanding dengan pakcik tadi..pakcik tu mencari rezeki yang halal dengan hanya menjadi guard di opis aku. Balik rumah aku sembang dengan mak aku, bertapa banyak nikmat yang  allah kurniakan kepadaku. Selepas tamat belajar, aku terus dapat kerja.. aku juga dikurniakan rakan kerja yang sangat baik.. Umi, Ayah n adik2 yang sangat memahami. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur padaMu Ya Allah.. =) Ha mari kita hayati cerita tentang Manusia yang paling sabar yang aku petik dr blog iluvislam.com, semoga apa yang aku sampaikan ini menjadikan diri kita sentiasa bersyukur..

Manusia Yang Paling Sabar
Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah S.W.T. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah S.W.T lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.
Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.
Mengenai pelbagai ujian itu Allah S.W.T berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah S.W.T ada menyelitkan hikmah di sebalik kedukaan ujian yang melandanya.
Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.
Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.
Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.
Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan di atas amalan yang dilakukan.
"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hamba-Mu yang daif dan lemah."
"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."


 (sumber google)


ok, kita jumpa di entry yang lain =)