Pages

Monday, March 9, 2015

E-day AiMia.....anak manja ayah =)

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum...

Yay, minggu lepas adalah minggu yang sangat 'hectic'..huhu..kenapa???of cosla uolls adik i olls sudah dipinang orang...Alhamdulillah...dengan berkat kesabaran dan dugaan yang ditempuh oleh mereka akhirnya mereka selamatla disatukan...wahh..macam banyak pulak masalah dorang ni...kahkah..tadelah adik aku baru je habis belajar jadi umi dan ayah aku tak bagi la depa ni kahwin dulu... Meh aku cerita tentang majlis E-day dorang..

Bakal adik ipaq aku ni orang taiping..orang kampung umi ok..pokok asam..hahaha...ayah adik ipaq aku ni pula kawan baik abang ipaq mak aku..bakal adik ipaq aku ni plak anak murid makcik aku..haha..panjang tak salasilah mereka ni..tapi sebenaqnye keluarga adik ipaq aku ni adalah saudara jauh keluarga umi aku...dah jodoh mereka...kata adik aku dorang berkenalan di muka buku..kononnya cinta muka buku lah..haha..yelah walaupun dorang ni satu sekolah masa adik aku sekolah kat sekolah teknik tapi tak pernah bersua..dah jodoh dorang...tapi alhamdulillah secara peribadi adik ipaq aku ni baiklah orangnye.aku harap depa ni berkekalan hingga ke syurga...

Seminggu sebelum majlis pertunangan adik aku ni, umilah orang yang paling sibuk..banyak benda nak diuruskan macam kemas rumah,jemput orang ni, orang tu...kalau tak jemput opahnya akan marah..al maklumlah orang tua-tua ni suka menjemput bagi memeriahkan majlis...tambahan umi aku nak uruskan batu nisan ayah... Alhamdulillah, Allah banyak mempermudahkan urusan kami dan umi sihat...

Majlis adik aku ni pada 7.3.2015, bermula jam 11.00 pagi hinggga 2.00 petang sebab pagi tu kami buat tahlil untuk arwah ayah aku...rindu sangat ayah...kalau tak ayahlah orang pertama yang make sure majlis berjalan lancar ditambah dengan ayah aku suka memasak dan ayah aku pernah cakap yang majlis anak-anak dia, dia nak masak lauk..rindunya masakan ayah...huhu... Lepas zohor, maka datanglah rombongan adik ipaq aku ni, sebanyak lima buah kereta datang.. Bila da sampai pakcik-pakcik aku yang sudah kenal dengan keluarga adik ipaq aku ni berpeluk-pelukan..yelah..masa ni dapat berjumpa...masa mereka sampai, kami jamukan dulu makan tengah hari barulah sesi perbincangan.. selesai makan tengah hari, maka bermulalah sesi perbincangan.. keluarga aku diwakili oleh abang-abang ipaq mak aku sebab mereka sudah berpengalaman..pakcik-pakcik aku yang wali kami menjadi saksi perbincangan tu...keluarga adik ipaq aku pula diwakili oleh pak long mereka..bincang punya bincang..maka tibalah upacara sarung cincin...adik aku cakap berdebar kot...haha..tapi aku tengok die relax je..steady betul..lepas tu adik aku disarungkan cincin..bagi cincin merisik mak long adik ipaq aku yang sarungkan ke tangan adik aku..cincin pertunangan pula disarungkan oleh bakal mak mentua adik aku...jadi secara rasminya adik aku Amirah Alias menjadi tunangan Ahmad Aizat Daniel...Alhamdulillah...dalam majlis ni aku rase seronok sangat sebab aizat ni ada kembar (Afif Daniel), kakak ipaq dorang pun kembar datang pun bawa kembar dia...lepas tu sepupu aizat ni plak ada anak kembar pun datang masa tu..jadi semuanya kembar..harap-harap anak saudara aku pun kembar..hehehe..lepas amek gambar semua, majlis pun habis.. =)


Jom aku sajikan beberapa keping gambar..


gadis bunga kami chacha maemping.. =)


Makcik-makcik aku, yang pegang tepak sirih tu la cikgu sekolah aizat..hehe..




keluarga aku dan keluarga aizat =)




Pelamin dan hantaran ( Mak Su aku yang buat hantaran-hantaran ni, kalau nak tempah boleh pm =))














Gambar yang sangat 'touching'..apa lagi kak ada hint daripada kakak tu..hehe



Aku plaks layan dorang ni..seronok sangat ditambah seronok terngiang-ngiang suara pujaan masa bersembang hari jumaat tu..hahaha


Oklah, setakat ini saja..sambung dengan entry yang lain =)







Wednesday, March 4, 2015

Tahniah!!!!

Bismillahirahmanirahin & Assalamualaikum...

Kabare semua???was magan??den alhamdulillah sihat dengan hendaknya...

Entry kali ni aku nak cerita pasal pembelajaran sikit..almaklumla sekarang ni aku tengah siapkan satu sistem walaupun dateline sistem ni dah lepas...ya ampun kak...ni memang kelemahan aku..sorry..

Hari ni aku berjaya siapakan satu coding yang mana jenuh aku fikir sampai aku pergi tanya dekat bebudak intern..eh..tanya ilmu apa salahnya bak bait lagu nie..malu bertanya kawan,sesat cari jalan pulang..aku tak nakla sesat-sesat ni walau susah macammana pun aku nak usaha juga aku berjaya walaupun aku slow...haha..ok berbalik pada coding atau bahasa pengaturcara ni..aku nak buat coding upload yang mana aku nak attach kan document so aku try menaip coding ni

tryupload.php

<form action="upload.php" method="post" enctype="multipart/form-data">
 <tr bgcolor="orange">
  <td colspan="4" bordercolor="#CCCCCC" class="font12bold style2"><div align="center">Upload Verified File </div></td>
 </tr>

 <tr><td bgcolor="orange">
 Please Choose File:<td width="" bgcolor="#999999"><input type="file" name="namafile" size="50">*IC</td><br>
 </td></tr>
   
    <tr>
      <td height="30" colspan="3">  <div align="center">
        <input type="submit" value="upload">    
      </div></td>
    </tr>
   </form>


aku akan dapat macam dalam skrin ni

ini plak coding untuk upload.php

<?php
$namafail = $_FILES['namafile']['name'];
$semfail = $_FILES['namafile']['tmp_name'];
$saizfail = $_FILES['namafile']['size'];
$jenisfail = $_FILES['namafile']['type'];
    
if($namafail != "")
{
copy($semfail, 'C:\\xampp\\htdocs\\backupccmp\\upload\\'.$namafail) or die ("Tidak boleh salin fail dari direktori sementara");
}

?>

memandangkan aku tak nak beratkan database aku, jadi aku nak letak kan dalam folder. Jadi aku kena buat kan satu folder upload untuk aku simpankan document yang telah aku attach kan, jadi aku simpan dokumen tu di C:\\xampp\\htdocs\\backupccmp\\upload\\'.$namafail).  


nampak tak aku dah upload satu dokumen dalam folder yang aku buat dekat c.

Ok, jadi alhamdulillah aku da berjaya solve masalah yang aku hadapi. Ni aku kongsi dengan sesiapa memandangkan aku tak expert sangat coding masih dalam pembelajaran tapi aku bersyukur sebab dapat selesaikan. Aku teringat satu ayat yang salah seorang pensyarah utp pernah cakap kat fb dia "if u really want something, keep wanting for it and keep working for it.." so aku nak selesaikan kerja aku ni supaya dapat digunakan....InsyaAllah... Oklah uolls...jumpa lagi... =)


p/s: hari ni cukup 4 bulan ayah pergi, Al-Fatiha =(