Assalamualaikum
Hi semua…
Sabtu lepas, aku bawa umi dan adik aku salsabila ke Big Bad
Wolf.. =) Ini kali pertama aku pergi ke Big Bad wolf dekat ipoh walaupun ini adalah kali kedua Big Bad Wolf
diadakan di Ipoh.. Pelbagai buku dari luar negara yang ada kat Big Bad Wolf dan
majoritinya adalah buku dalam English..Buku dalam bahasa melayu pun ada juga
dijual di sini kebanyakkannya novel dan buku lejen press.
Kebanyakkan buku
dekat sini dijual dalam harga rm 10 ke bawah kecuali buku yang set dalam rm 80.
Kebanyakkan buku juga adalah buku kanak-kanak, so sudah semestinya umiku teruja
nak membeli untuk diletakkan di sekolah umi. Big Bad Wolf ni bermula pada
10.7.2015 sehingga 20.7.2015 di PHL Convention Centre, mengelembu ipoh. 100
pembeli terawal akan dapat mainan percuma. Dalam teruja kami membeli buku,
banyak juga kami sambar. Orang lain semua pakat membuat persiapan raya kami
pula sibuk membeli buku.. hehe
pehhhhhh...kagum menengok hasil tangkapan..best..best..
ReplyDelete