Pages

Thursday, June 6, 2013

Syukur..~

Assalamualaikum




Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi di atas kurniaan yang diberikan, syukur juga kita masih berada di muka bumi. Dalam kita sibuk melayari bahtera kehidupan banyak dugaan dan cabaran yang akan kita jumpa mungkin cabaran dan dugaan itu ada yang berjaya ada yang tidak berjaya.
Nak cerita pasal syukur ni..3 hari lepas masa aku balik kerja sementara tunggu lampu hijau menyala (traffic light) tiba-tiba aku terpandang seorang insan yang aku panggil pakcik sedang mengayuh basikal menuju ke traffic light yang aku berhenti.aku perhati pakcik tersebut rupa2nya pakcik guard opis aku.dari penglihatan aku, tiba-tiba hati aku rasa sayu..bukan ape pakcik tu mengayuh basikal menuju ke rumahnya, agak jauh juga rumahnya nasib baik tak hujan..terdetik dari naluri hati aku yang kecil ini..aku perlu bersyukur sebab aku pergi dan balik menaiki kenderaan beroda 4 berbanding dengan pakcik tadi..pakcik tu mencari rezeki yang halal dengan hanya menjadi guard di opis aku. Balik rumah aku sembang dengan mak aku, bertapa banyak nikmat yang  allah kurniakan kepadaku. Selepas tamat belajar, aku terus dapat kerja.. aku juga dikurniakan rakan kerja yang sangat baik.. Umi, Ayah n adik2 yang sangat memahami. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur padaMu Ya Allah.. =) Ha mari kita hayati cerita tentang Manusia yang paling sabar yang aku petik dr blog iluvislam.com, semoga apa yang aku sampaikan ini menjadikan diri kita sentiasa bersyukur..

Manusia Yang Paling Sabar
Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah S.W.T. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah S.W.T lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.
Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.
Mengenai pelbagai ujian itu Allah S.W.T berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah S.W.T ada menyelitkan hikmah di sebalik kedukaan ujian yang melandanya.
Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.
Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.
Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.
Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan di atas amalan yang dilakukan.
"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hamba-Mu yang daif dan lemah."
"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."


 (sumber google)


ok, kita jumpa di entry yang lain =)





No comments:

Post a Comment