Pages

Thursday, June 20, 2013

lawatan sambil belajar...weehuuuu!!!

Assalamualaikum

Hola..entry kali ini aku nak story sikit pasal lawatan sambil belajar aku ke cybersecurity di seri kembangan..uishh..cik puan sekelian jangan kembang sangat...hahha..opss..ok2 lawatan sambil belajar aku ini diuruskan oleh unit k-workers yang diketuai oleh puan susan..wakil daripada company aku seramai 5 orang yang lain semua daripada jabatan jabatan kerajaan negeri perak. Kami bertolak ke sana dengan menaiki bas dan bertolak pada pukul lapan pagi..dalam bas aku duduk sebelah kak devi aka kakak dari unit aku..hehe. .macam-macam kami sembang pastu tertido pastu sembang balik..aku pun tak sihat juga time tu yela baru baik demam panas..kami sampai dalam pukul 12.30 yela tersesat sikit tambah plak dengan jem..ye betul aku terlupa nak bawa roti..ahaks..sesampai di sana kami  dijemput oleh tuan rumah iaitu staff daripada cybersecurity yang dikenali sebagai arif dan kak ogy..teruja woo aku nak masuk cybersecurity...teruja juga bukan apa aku memang minat siri penyiasatan  ala macam csi miami tu..hehe..ok berbalik pada tentatif, bila kami sampai kami diberi taklimat oleh puan karrien (aisey sorry aku tak ingat ejaan nama dia ala janji sebutan betul okla), taklimat yang disampaikan oleh beliau adalah mengenai cybersecurity. Cybersecurity dulu dikenali sebagai National ICT Security and Emergency Response Centre (NISER) kemudian diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh en megat. Taklimat yang disampaikan oleh en megat memang sangat menarik perhatian aku..why?? Ye..ye sebabnya beliau adalah ketua penyiasatan..lebih kurang macam tula, sangat teruja aku mendengar taklimat yang disampai oleh beliau. Bagi yang ada masalah dengan facebook kena godam la, website kena godam la boleh la menghubungi MyCERT iaitu Malaysian Computer Emergency Response Team atau cyber999 disini  http://www.mycert.org.my/en/about/contact_us/main/detail/18/index.html. Anda juga boleh membuat lawatan sambil belajar ke sana..ewah promote2.. aku jamin mesti korang teruja bila kat sana nanti terutama bagi pelajar-pelajar universiti yang mengambil subjek digital forensic atau network security(sungguh aku rindu belajar network security). ok jupe next entry daa~








No comments:

Post a Comment