Pages

Friday, June 21, 2013

Guess if you can, choose if you dare!!!



Assalamualaikum..







Hola...rajin plak aku nak menaip hari ini..hahaha..ok korang..aku nak tanya,korang pernah alami tak susah dalam membuat keputusan?? Ye..ye.. aku mengaku aku sering juga mengalaminya...kadang-kadang tu kan beb, bila da buat keputusan pastu fikir balik tentang kesan akan datang tukar pula keputusan lain..Baru-baru ni aku ada baca satu artikel di iluvislam.com..ye korang pun patut baca artikel kat situ.. aku tertarik dengan tajuk susah membuat keputusan(lebih kurangla tajuk tu...ishh..yang penting isinya dong..) ok jom aku elaborate serba sikit isi kandungannya...ok sepertimana yang kita tahu kita sebagai manusia ni dikurniakan akal tapi sejauh mana kita sebagai manusia memanfaatkan dan sejauh mana akal itu digunakan berbanding dengan emosi..yela kadang2 manusia suka membuat keputusan berdasarkan emosi berbanding dengan berfikir.. Kadang-kadang aku terfikir adakah membuat keputusan tu terlalu rumit??

‘It does not take much strength to do things, but it requires great strength to decide on what to do.’ -Elbert Hubbard-

Ok dalam content iluvislam.com ada bagi tips bagaimana kita dapat membuat keputusan berdasarkan fikiran..kat sini aku letak point-point daripada artikel tersebut, mungkin dapat membantu kita membuat keputusan termasuklah aku..Jom..

1. Pastikan bahawa minda anda berada dalam keadaan baik.

Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah keadaan minda kita.
Adakah ketika itu kita sedang marah?
Atau sedang sedih? Kecewa? Geram?
Sakit hati? Patah hati? Makan hati? Panas hati? Retak hati?
Dan segala jenis hati yang ada kaitan atau dengan bahasa mudahnya dalam keadaan tak gembira?

Persoalan-persoalan di atas adalah contoh bagaimana keputusan berdasarkan emosii..cuba korang perhatikan di sekeliling korang berapa banyak masalah yang timbul dan keputusan berdasarkan fikiran?? ok Aku bagi contohla, contohnya kes penceraian..bagaimana sepasang suamiisteri yang tengah bergaduh beremosi akhirnya keputusan bertindak melalui emosi. Contoh lain di tempat kerja, bagaimana pembahagian kerja yang tak betul, bagaimana seorang pekerja tidak bekerja sebagai satu pasukan, bagaimana seorang pekerja menyelamatkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain.. banyak juga keputusan yang dibuat berdasarkan emosii..akhirnya siapa yang menjadi mangsa? Ha cuba fikir-fikirkann...

2. Berhenti ‘berfikir’ tentang pilihan anda.

Berhenti berfikir? Maksudnya? Tidurkah?Berangankah?Eh taklah..

Take another look from the other side.

Ye..ye..maksudnya di sini..bila ada masalah yang timbul cuba korang berada di dalam situasi tersebut..apa akan terjadi?  Dengan kata lain, korang cuba letakkan diri korang dalam situasi tersebut. Adakah korang selesa dengan keputusan korang? Adakah korang gembira apabila keputusan itu dibuat?
adakah keputusan yang korang buat berdasarkan rasional itu tadi membuahkan hasil yang positif? Cuba renungkan...

‘When you base your life on what’s in your heart, the majority of your decisions are already made.’ -Paul Clark-

3. Menilai setiap kemungkinan dan mempunyai matlamat yang jelas.

ok yang ketiga ni korang kena optimis korang kena tengok keputusan korang tu ada baik atau buruknya untuk diri korang ataupun untuk orang di sekeliling korang..keputusan korang tu samaada dari segi baik dan buruknya..

Kesimpulannya setiap orang mempunyai hak, Jadi, sekarang ini apa yang boleh kita beri perhatian. Sebelum membuat keputusan, kita perlu buang perasaan ego dalam diri. Pastikan keputusan kita menghormati hak orang lain.

‘Everyone should carefully observe which way their heart draws them, and then choose that way with all their strength.’ -Hasidic Saying-

So aku harap korang pandaila membuat keputusan, tips ini mungkin dapat membantu korang dalam membuat keputusan begitu juga peringatan dan pembelajaran buat aku..jumpa next entry daaa..

No comments:

Post a Comment