Assalamualaikum
Hola...entry kali ini aku nak bercerita tentang satu isu yang aku rasa ia patut membuka mata kita semua. Banyak juga aku perhati atau aku membaca di majalah-majalah tentang isu ini. Erm kerana harta?..
                                            (gambar ihsan: google image)
Kerana harta manusia bergaduh, kerana harta juga manusia bongkak, kerana harta hubungan keluarga menjadi musuh dan kerana harta juga boleh membuat semua porak peranda. Aku ada cerita yang mana isu pembahagian harta tidak diberi dengan betul. Tahukah korang apa itu faraid? faraid dari segi bahasa bermaksud banyak..istilah syara pula ialah pembahagian harta seseorang islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya maka harta tersebut akan diberikan kepada waris terdekat menurut kaedah islam(sumber wiki)...itulah maksud faraid, kita boleh lihat didalam ayat al quran surah an nisa  "Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) 
anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua
 orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari 
dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan
 oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka 
bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si 
mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang 
ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika 
si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu
 bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati 
itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian 
ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan 
wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan 
hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa
 di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. 
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti 
yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah 
adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" (ayat 11), "Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh 
isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka 
mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka 
tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah 
dibayarkan hutangnya dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat 
dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi 
kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) 
ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan 
wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika 
si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak 
meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki
 (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari
 keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang 
seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga 
(dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah 
ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan 
hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan 
mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan
 dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar." (ayat 12) dan "Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad
 mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: Allah memberi fatwa kepada kamu
 di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak 
mempunyai anak dan dia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi 
saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si 
mati dan dia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara 
perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula
 saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga 
dari harta yang di tinggalkan oleh si mati dan sekiranya mereka 
(saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian 
seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. Allah menerangkan 
(hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat dan (ingatlah) Allah 
Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (ayat 176) Dalam ayat al-quran ini menekankan mengenai faraid..erm..aku rase kalau pemberian harta daripada peninggalan ibu atau bapa kita yang telah tiada tidak betul..baik tebus dan perbetulkan semula yang mana patut dapat... Cara pembaghagian faraid dengan betul ini patut diketahui dan difahami oleh semua. Ini juga buat pembelajaran dan pengetahuan untuk diri aku juga.sekian untuk entry kali ini daa~ 
Betul tu Nisa...sebaiknya pewaris, silalah buatkan wasiat..atau berurusan dengan Amanah Raya bagi pewaris yang umurnya bawah 18 tahun..sebab mudah dalam urusan faraid ni..sebab nanti akan timbul masalah dan kes boleh berlarutan makan tahun...akak pernah lalui benda ni..so mmg ambil iktibar sgt2..jgnla ingat kalau pasangan buat wasiat tu, kita pikir yg bukan2...tapi untuk memudahkan waris yang tinggal...
ReplyDeleteYup kak...untuk peringatan saya juga..saya rasa semua orang patut tahu hal ini..tq kak...=)
Delete