Pages

Thursday, May 14, 2015

Hello Bali..

Assalamualaikum..

Setelah segala persiapan keperluan sudah siap maka kami 4beranak bertolak dari ipoh ke kl pada hari ahad pada pukul 11 pagi...sesampai di kl pada pukul 1pm...memandangkan tiket flight aku pada pukul 8.20 malam dan kena check in 2 jam sebelum masa nak fly...untuk mengisi masa sementara menunggu pukul 6pm, umi pun mengajak kami singgah seremban dulu..umi nak ziarah kakak umi...so aku sebagai seorang anak yang solehah maka ku turuti permintaan umi...



Masa otw ke seremban ni, aku tak drive sebab bakal menantu  aka adik ipar aku ni yang drive...terima kasih pok jat sebab jadi driver kami..yela sampai seremban nk dekat pukul 4 ditambah dengan jem menghala ke kl..gerun juga tengok...kalau aku memang tak berani..hebatla skill pok jat ni, kami sampai tepat jam 6pm..so bolehla kami check in dengan aman..hehehe..


Memandangkan kami pergi ke bali berkumpulan yang seramai 10 orang termasuk kami 4beranak...jadi kami orang yang last check in dekat kaunter,,,masa kat kaunter bagasi ni. cik adik kaunter ni umpama imigresen...check satu2 kat pasport kami...pasport umi akan tamat tempoh lagi 2 bulan..dia tanya macam2..umi siap cakap saya sudah tanya imigresen dorang kata boleh lagi..bila turn kami adik beradik pula...nama ayah dekat passport dengan tiket berbeza...yang tak tahan tu dia da tanya kawan sebelah..kawan sebelah kata boleh sebab pergi bali..kalau nak pergi cina tak boleh...cik adik kaunter ni tak percaya dia suruh adik aku pergi kat kaunter customer service...adik aku pergila..pergi kat kaunter customer service, orang kat kaunter ni cakap..haha..bolehla dik, kaunter mana yang suruh tukar ni..haha..last2 kawan dia cakap kat dia yang hang pergi buat kerja imigresen tu buat apa...terus dia lepaskan kami...umi da bising2..yela mana tak nya..sejam wei duduk kat situ....grrrrr....

Setelah urusan dengan pihak cik adik kaunter tu selesai, kitorang pun menuju ke pihak imigresen...masa kat imigresen ni plak tade masalah cuma sneakers aku je berbunyi..haha..bukan nak cakap ape..sneakers aku da la susah nak buka..habis bengkak2 jari aku ni nak buka sneakers ni....



Ada gaya awek korea tak???heheh...setelah berurusan dengan pihak imigresen pun selesai, kami pun teruskan perjalanan ke tempat menunggu di pintu Q5..sementara menunggu tu kami solat jama' dulu..apa2 pun selesai perkara wajib dulu...



Tin..Ton..Tin..Ton..pengumuman pesawat QZ555 terpaksa delay kerana ada masalah teknikal..nak dekat 30 minit juga tunggu QZ555 ni..dalam pukul 9.05pm kami pun berlepas dari KLIA2 ke Bali..teruja juga sebab yang kat dalam flight semua penumpang mat saleh..hehe..tapi sebelum tu, baca doa semoga perjalanan kami selamat sampai.

Perjalanan dari Kl ke bali mengambil masa dalam 3 jam..seat aku dapat duduk bersama-sama dengan adik2 cuma umi je yang dapat duduk dengan kawan umi...



Alhamdulillah, kami selamat sampai di Ngurah Rai International Airport Bali pada jam 12am...


Ok ini bukan gambar Air Asia QZ555 yang aku naik, disebabkan ada bas yang menunggu kami untuk dibawa ke airport maka gambar KOREAN Air ni je yang sempat ambil..ye betul, dekat sini ada perkhidmatan bas yang membawa kami ke airport..berhimpit juga naik sebab umi takut anak2 umi terlepas daripada umi...  


Selepas berurusan dengan pak imigresen bali selesai, kami dijemput oleh pak supir bernama pak andik untuk ke hotel kami..bukan hotel 5 bintang..hotel 3 bintang je, nama hotel ni Tirtha Inn Pondok Anyar... =).. Sudah sampai hotel, check in la bilik...bilik aku bersebelahan dengan bilik umi di tingkat 3...walaupun lapar tapi disebabkan penat sangat..kami 4 beranak pun beradu.... ada apa di Bali???Nanti aku post entry yang lain k... =)






No comments:

Post a Comment