Pages

Wednesday, February 18, 2015

~ 2015

Bissmillahirahmanirahim...

Assalamualaikum semua....

Sudah lama tak menaip ni..fuhh..fuhh..da berhabuk blog ni rupenye...haha..tapi tape akan aku cuba untuk menulis sekerap yang mungkin....

2014...

Minta maaf semua 2014 adalah tahun mencabar bagi aku...pelbagai ujian dan dugaan yang aku perlu tempuh...dari awal tahun sehinggalah ke akhir tahun... Allah je yang tahu...tape aku akan ku ceritakan sedikit demi sedikit... awal tahun 2014, kaki ayah semakin bengkak..daripada sebelah menjadi kedua-dua belah...aku dengan umi memaksa ayah pergi klinik...ayah, biaselah dengan kedegilannya mengatakan nanti dia pergilah...satu hari sepupuku yang bekerja di TUDM sebagai doktor askar datang rumah melawat ayah...dia tengok ayah makin teruk dan teus paksa ayah pergi juga ke hospital kalau tak dia nak call ambulans askar nak bawa ayah pergi..akhirnya,alhamdulillah terbuka hati ayah nak pergi ke hospital...esoknya, aku ambil cuti dan bawa ayah pergi ke hospital. kebetulan masa tu dibulan puasa...aku bawa ayah ke kpj dengan ditemani umi dan pak uda (adik ayah)..bila doktor check ayah, doktor nasihat ayah untuk tinggal di hospital sebab darah tinggi ayah masih tidak turun..bertekak juga kami di kpj...aku dengan umi akhirnya akur dengan kehendak ayah..aku bawa umi dan ayah balik...malam tu selepas berbuka puasa..dalam pukul 12 tengah malam...ayah tak boleh nak tidur, katanya senak perut susah nak bernafas..aku call pak uda dan pak su (adik ayah yang bongsu) mengatakan kami nak bawa ayah ke kpj...akhirnya ayah dimasukkan ke hospital.. selama seminggu ayah ditahan dan doktor juga memberitahu umi bahawa buah pinggang ayah rosak sebelah...jadi buah pinggang ayah perlu dicuci..demi kebaikan ayah maka umi setuju ayah ditebuk ditengkuk supaya buah pinggang dapat dicuci...disaat tu bermulalah saat kehidupan kami berubah...aku dan adik ku perlu ambil cuti yang banyak dan bergilir-gilir dengan untuk menemani ayah dan umi pergi cuci buah pinggang...mula2 kami decide nak buat di kpj...jadi dalam seminggu tu 3 kali bawa ayah ke sana..buah pinggang ayah perlu dicuci selama 4jam..kat kpj ni 1 hari kena bayar RM 180, jadi kerana terlalu mahal maka kami pun pohon JPA..memandangkan ayah bekas kakitangan kerajaan...Alhamdulillah, kami dapat tukar dari kpj ke pusat perubatan Ar-Ridzuan secara percuma..tengah hari adik aku hantar umi dan ayah, lepas waktu pejabat aku ambil umi dan ayah.. Di sini, bermulalah detik-detik dan saat akhir badan ayah makin kurus, tak larat nak angkat kaki..darah ayah makin hilang..ayah bercakap pun da tak betul dan hampir 4 kali keluar masuk hospital...kali keempat masuk hospital adalah kerana badan ayah makin panas,..menggigil...bagi makan panadol,ubat demam pun tak jalan..umi pun call pak uda dan pak su untuk membawa ayah ke hospital...disitulah kami berkampung,bergilir-gilir menjaga ayah...masa awal-awal masuk hospital, ayah masih mampu bercakap,menangis,sensitif..masih kenal kami...waktu aku outstation ke lumut sempena pangkor international development dialogue..ayah da tak boleh buka mata...sedih tau..lagi sedih bila adik cerita yang ayah cari aku..untuk pengetahuan semua..ayah akan cari aku untuk bersembang dengan aku dan dia juga suka aku mengurutnya...di ketika ini juga..doktor memberitahu yang ayah da kena stroke sebelah kanan..darah ayah dijangkiti kuman dan kemungkinan ade kanser usus..Allah...Akhirnya,kami bawa juga adik bongsuku pulang untuk melihat ayah, yela takut bila ayah pergi adik tak sempat tengok ayah..adik aku da la lelaki sorang..betapa kecilnya hati adik..dia menangis teruk sebab ayah da tak boleh tengok dia...malam sebelum ayah pergi,aku dengan umi lap badan ayah,tukar pampers sebelum tukar shift dengan adik aku..sebelum pulang aku bercakap dengan ayah dalam hati..ayah,esok hari jadi along,ayah buka mata ye...tapi...jam 4.00 pagi, adikku call umi...umi,darah ayah da turun...terus kami dikejutkan umi dan bgerak ke hospital...sesampai kami di hospital, doktor baru keluar..dan ayah telah pergi pada jam 4.52 pagi di hari jadiku...Allah....sedih tak terkata..selama seminggu aku menangis aku beritahu umi...aku jahat ke sebab ayah pergi pada hari jadiku...Allah..umi cakap dekatku."along, kamu istimewa along sebab tu ayah pergi dihari jadi kamu...."...kini hampir 4 bulan ayah pergi meninggalkan kami....ayah, along rindu ayah...Dan aku berpegang pada ayat Allah ini...


" Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.."(Al-Imran:54)
"Mereka merancang, Allah juga merancang..Tetapi perancangan Allah lebih baik.."

Dan aku mengharap 2015 ni membawa sinar kebahagian buat diriku dan keluargaku..aku ade tanggungjawab yang berat dan besar kerana aku adalah aku adalah orang kedua terbesar dalam keluarga aku...dan aku mengharap juga aku menjadi semakin solehah dan hanya bergantung pada Allah..itu yang aku impikan pada tahun 2015..ameen...Terima kasih Allah kerana engkau telah memberi ibubapa yang terbaik dan aku bersyukur padamu..Terima kasih juga sahabat-sahabat dan semua yang membantu kami ketika kami susah..Terima kasih ya Allah..

Sedih jugakan cerita aku ni...ye, Allah mendatangkan ujian kepada mereka yang boleh hadapi..Alhamdulillah..aku dan keluarga dapat menghadapi dengan tenang...fokus aku sekarang kerjaya, umi dan adik2... Jodoh?Aku berserah pada Allah...moga dapat kutemu dengan jodoh yang soleh dan baik..ameen..

p/s: Al Fatihah buat ayahku ( Mohamad Alias Bin Mohd Yunus)


No comments:

Post a Comment