Pages

Monday, March 9, 2015

E-day AiMia.....anak manja ayah =)

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum...

Yay, minggu lepas adalah minggu yang sangat 'hectic'..huhu..kenapa???of cosla uolls adik i olls sudah dipinang orang...Alhamdulillah...dengan berkat kesabaran dan dugaan yang ditempuh oleh mereka akhirnya mereka selamatla disatukan...wahh..macam banyak pulak masalah dorang ni...kahkah..tadelah adik aku baru je habis belajar jadi umi dan ayah aku tak bagi la depa ni kahwin dulu... Meh aku cerita tentang majlis E-day dorang..

Bakal adik ipaq aku ni orang taiping..orang kampung umi ok..pokok asam..hahaha...ayah adik ipaq aku ni pula kawan baik abang ipaq mak aku..bakal adik ipaq aku ni plak anak murid makcik aku..haha..panjang tak salasilah mereka ni..tapi sebenaqnye keluarga adik ipaq aku ni adalah saudara jauh keluarga umi aku...dah jodoh mereka...kata adik aku dorang berkenalan di muka buku..kononnya cinta muka buku lah..haha..yelah walaupun dorang ni satu sekolah masa adik aku sekolah kat sekolah teknik tapi tak pernah bersua..dah jodoh dorang...tapi alhamdulillah secara peribadi adik ipaq aku ni baiklah orangnye.aku harap depa ni berkekalan hingga ke syurga...

Seminggu sebelum majlis pertunangan adik aku ni, umilah orang yang paling sibuk..banyak benda nak diuruskan macam kemas rumah,jemput orang ni, orang tu...kalau tak jemput opahnya akan marah..al maklumlah orang tua-tua ni suka menjemput bagi memeriahkan majlis...tambahan umi aku nak uruskan batu nisan ayah... Alhamdulillah, Allah banyak mempermudahkan urusan kami dan umi sihat...

Majlis adik aku ni pada 7.3.2015, bermula jam 11.00 pagi hinggga 2.00 petang sebab pagi tu kami buat tahlil untuk arwah ayah aku...rindu sangat ayah...kalau tak ayahlah orang pertama yang make sure majlis berjalan lancar ditambah dengan ayah aku suka memasak dan ayah aku pernah cakap yang majlis anak-anak dia, dia nak masak lauk..rindunya masakan ayah...huhu... Lepas zohor, maka datanglah rombongan adik ipaq aku ni, sebanyak lima buah kereta datang.. Bila da sampai pakcik-pakcik aku yang sudah kenal dengan keluarga adik ipaq aku ni berpeluk-pelukan..yelah..masa ni dapat berjumpa...masa mereka sampai, kami jamukan dulu makan tengah hari barulah sesi perbincangan.. selesai makan tengah hari, maka bermulalah sesi perbincangan.. keluarga aku diwakili oleh abang-abang ipaq mak aku sebab mereka sudah berpengalaman..pakcik-pakcik aku yang wali kami menjadi saksi perbincangan tu...keluarga adik ipaq aku pula diwakili oleh pak long mereka..bincang punya bincang..maka tibalah upacara sarung cincin...adik aku cakap berdebar kot...haha..tapi aku tengok die relax je..steady betul..lepas tu adik aku disarungkan cincin..bagi cincin merisik mak long adik ipaq aku yang sarungkan ke tangan adik aku..cincin pertunangan pula disarungkan oleh bakal mak mentua adik aku...jadi secara rasminya adik aku Amirah Alias menjadi tunangan Ahmad Aizat Daniel...Alhamdulillah...dalam majlis ni aku rase seronok sangat sebab aizat ni ada kembar (Afif Daniel), kakak ipaq dorang pun kembar datang pun bawa kembar dia...lepas tu sepupu aizat ni plak ada anak kembar pun datang masa tu..jadi semuanya kembar..harap-harap anak saudara aku pun kembar..hehehe..lepas amek gambar semua, majlis pun habis.. =)


Jom aku sajikan beberapa keping gambar..


gadis bunga kami chacha maemping.. =)


Makcik-makcik aku, yang pegang tepak sirih tu la cikgu sekolah aizat..hehe..




keluarga aku dan keluarga aizat =)




Pelamin dan hantaran ( Mak Su aku yang buat hantaran-hantaran ni, kalau nak tempah boleh pm =))














Gambar yang sangat 'touching'..apa lagi kak ada hint daripada kakak tu..hehe



Aku plaks layan dorang ni..seronok sangat ditambah seronok terngiang-ngiang suara pujaan masa bersembang hari jumaat tu..hahaha


Oklah, setakat ini saja..sambung dengan entry yang lain =)







No comments:

Post a Comment